Jual Tanah Untuk Menutup Kerugian UNISEL?
Cabaran Datuk Seri Noh Omar yang mendesak Menteri Besar Selangor,
Khalid Ibrahim mendedahkan kedudukan kewangan terperinci UNISEL bagi
menjawab dakwaan kedudukan kewangannya yang nazak hingga saat ini
masih belum bersahut.
Sebaliknya diperlekehkan pula cabaran tersebut seolah-olah Khalid merasakanstatusnya sebagai bekas orang korporat telah meletakkan dirinya kelihatan
hebat dan lebih bijak daripada orang lain.
Betulkah Khalid bijak? Adakah bijak bilamana Khalid mencadangkan penjualanaset UNISEL berupa tanah seluas 500 ekar hanya untuk menampung kos
pengajian 1000 orang pelajar baru UNISEL semasa kecoh isu pembekuan
sementara PTPTN tempohari.
Bukankah sepatutnya orang bijak akan mengekalkan aset dan manfaatkannya untuk jana keuntungan berlipat kali ganda dan bukannya menggunakan jalan
singkat menjualnya untuk menyelesaikan masalah yang berserabut dalam
kepala.
Apabila Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor mengungkit soal untung rugi UNISEL, asasnya kerana sebelum ini Khalid pernah menutup beberapa pusat kemahiran dan asrama Yayasan Selangor(YS) hanya disebabkan adanya kerugian.
Majoriti rakyat Selangor berkongsi satu kerisauan yang sama seperti
Noh Omar bimbang sekiranya UNISEL bakal mengulangi sejarah YS sedangkan universiti tersebut baru sahaja di bina oleh BN pada tahun 1999.
Tanah tergadai ke tangan orang lain, nasib pelajar terumbang ambing dan
pusat pendidikan runtuh menyembah tanah ataupun menjadi gajah putih.
Inilah yang berlaku pada pusat pendidikan milik YS dan rakyat tidak mahu
ianya berulang kembali.
Sementelah lagi apabila Khalid masih juga beria-ia mahu meneruskan penjualan tanah seluas 500 ekar milik UNISEL yang dikatakan bernilai RM30 juta
sekalipun PTPTN telah menarik balik pembekuan pinjaman, saat inilah
keraguan kian bercambah terhadap kedudukan sebenar kewangan UNISEL.
Rekod sebelum ini pun menunjukkan kemasukan pelajar baru bagi setiap
semester juga kian menurun. Pada tahun 2007 lebih 6,000 pelajar telah
mendaftar masuk ke UNISEL, tahun-tahun selepasnya bilangan tersebut
teramat jauh berkurangan.
Manakala itu, pada tahun 2009 UNISEL didakwa telah mengalami kerugian
lebih kurang RM20 juta gara-gara kurangnya kemasukan pelajar baru selain
faktor bebanan kos pengurusan yang tinggi sejak universiti tersebut dijadikan tempat orang politik menikmati kerjaya dan gaji yang tinggi.
Apabila kerajaan negeri dilihat tetap berkeras meneruskan penjualan aset
berupa tanah tersebut, bukan salah orang ramai apabila mereka percaya ia
sebenarnya berkait rapat untuk menutup kerugian yang sedang ditanggung
oleh UNISEL gara-gara kelemahan urus tadbir kerajaan PKR Selangor.
Justeru itu, eloklah Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya yang sedang
menikmati kemewahan di puncak menara gading tersebut tampil segera
menjelaskan keadaan sebenar.Cukup-cukup harta benda dan aset negeri habisdijual digadai sejak empat tahun lalu.
Post a Comment