KUALA LUMPUR 7 Julai - Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri yang diadakan di Stadium Negara hari ini mengorak langkah Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ke satu tahap yang lebih baik kerana memberi peluang kepada ahlinya mengenali pemimpin negara ini dengan lebih dekat.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga merupakan Yang Dipertua PPPM berkata, program yang julung kali diadakan itu harus menjadi wadah kepada belia untuk mengenali pemimpin sekaligus berpeluang menyuarakan pendapat dan hasrat mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya jemput beliau untuk hadir ke program ini kerana saya ingin belia (ahli persatuan) kenal pemimpin mereka dengan lebih dekat sekaligus dapat menyampaikan harat hati kepada beliau (Perdana Menteri). Kehadiran beliau di acara yang julung kali diadakan ini merupakan penghargaan kepada persatuan,"katanya ketika berucap di hadapan 4,000 anggota PPPM dan 2,000 anggota pengakap dari seluruh negara.
Menurut Rosmah, program yang dianjurkan oleh PPPM ini turut melibatkan Perdana Menteri kerana ingin memupuk semangat kepimpinan dikalangan belia serta menjadikan pemimpin mereka sebagai'role model' dengan disusuli nilai- nilai murni dalam diri.
"Aktiviti Pandu Puteri bukan hanya tertumpu kepada memupuk jati diri gadis, malah memupuk mereka menjadi warga yang bertanggungjawab, berkaliber, membantu pihak yang memerlukan, sopan- santun, sukarelawan,hormat- menghormatu dan prihatin," katanya.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua PPPM, Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.
Program yang berlangsung selama empat jam itu turut diselitkan dengan persembahan kebudayaan dan kesenian seperti koir, pancaragam, persembahan daripada Permata Seni Suara dan Tari serta kehadiran artis seperti Faizal Tahir, Alif Satar dan Asmidar.
Tambahnya lagi, Pandu Puteri sentiasa menganjurkan aktiviti yang berfaedah kepada ahlinya sebagai usaha mengatasi masalah sosial yang berlaku dikalangan belia.
"Oleh itu, saya menyeru kepada anak gadis di luar sana untuk menyertai persatuan ini kerana terdapat banyak aktiviti yang berfaedah yang akan dilakukan untuk mengisi masa yang terluang," ujarnya.
+ comments + 2 comments
golongan remaja dapat mendekati pemimpin berjiwa rakyat dengan lebih dekat dan dapt memahami masalah remaja..jangan jadi mcm pembangkang merosakkan akhlak remaja..bodoh betul org membimbing tp pembangkang merosakkan
DS Rosmah byk mmbntu belia dan juga wanita d negara ni...trima kasih datin!!tp sygnya puak2 pmbgkang xdpt tgk smua ni,mereka anggp ni satu ancaman buat mereka..mereka tkut dgn program2 yg DS Rosmah lkukan blh mlamahkn skongan rkyat trhdp mreka..pedulikan mreka datin,kami rkyat malaysia ttp mnykg PM dan isteri!!
Post a Comment