Label 10

Home » » KHAS !! MAT REMPIT JADI ASET NEGARA !!

KHAS !! MAT REMPIT JADI ASET NEGARA !!

Written By AAKJ on Wednesday, July 4, 2012 | 1:00 PM


alt
 
KUALA LUMPUR 3 Julai - Kem Perkasa Remaja yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama dua bulan disambut baik oleh ahli keluarga belia serta para peserta itu sendiri.
 
Alijah Mohd Saat, ibu kepada salah seorang peserta, Muhamad Fauzi Bahari berharap agar anaknya berjaya dan tidak kembali ke masa silamnya yang terlibat dengan kumpulan samseng.
 
"Saya ingin lihat dia berjaya dan mampu menjaga adik- adiknya dan juga maknya," kata Alijah dengan nada sebak hingga tidak mampu meneruskan kata- kata.
 
alt
 
Menurut Muhamad Fauzi, perasaan bangga dan puas hati semat dalam hati setelah melihat diri berubah ke arah yang lebih positif selepas menyeratai program ini.
 
"Saya harap, remaja yang terlibat dengan aktiviti rempit ini berhenti daripada melakukannya kerana perbuatan itu hanya akan merosakkan bangsa kelak," ujarnya.
 
Sementara itu, Rozita Borhan, ibu kepada Muhammad Firdaus Roslan berkata anaknya kini lebih berdisiplin dan bersyukur kerana program ini mampu mengubah anaknya.
 
alt
 
"Selain memberi perubahan positif kepada anak saya, program ini juga memberi peluang pekerjaan kepadanya kerana ditawarkan untuk menuntut di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan secara tidak langsung mempunyai masa depan yang cerah," ujarnya.
 
Pasangan Abd. Hamid Alias dan Zurida Yusuff, ibu bapa kepada Muhammad Faiz Fitri turut menyokong program ini diteruskan pada masa hadapan kerana mampu memberi input yang baik kepada para remaja yang menyertainya.
 
"Setelah menyertai program ini, nampak perubahan kepada anak saya ini. Dia (Muhammad Faiz Fitri) tidak lagi keluar malam untuk merempit tambah lagi bila melihat keadaan emaknya," kata Abd. Hamid.
 
alt
 
Zurida Yusuff dalam keadaan berkerusi roda turut hadir pada Majlis Penutupan Kem Perkasa Remaja Siri Ke 4 bagi menunjukkan tanda sokongan kepada anaknya.
 
Majlis penutupan itu turut dihadiri oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor yang juga merupakan Penaung Program Permata Negara.

Baca d SINI kisah mat rempit ingin berubah !


sumber KLPOS
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger