Label 10

Home » » KESIAN ZUNAR KARTUNIS SAYUR...D SEKOLAHKAN ABBY ABADI !!

KESIAN ZUNAR KARTUNIS SAYUR...D SEKOLAHKAN ABBY ABADI !!

Written By AAKJ on Friday, July 27, 2012 | 9:00 AM



Pelakon yang baru-baru ini menyertai PAS, Arbaiyah Abdul Manan (gambar) yang popular dengan panggilan Abby Abadi menjawab kenyataan Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) mengenai “artis sertai Pakatan Rakyat (PR) hanya berceramah tetapi tidak berkarya” dengan mengatakan beliau hanya akan kembali berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.



Abby Abadi juga berkata, dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara.


“Dalam situasi artis yang berhijrah (menyertai PAS) seperti saya sekarang ini, En Zunar kena faham keadaan artis-artis yang menyertai PAS khususnya wanita.


“Jadi bila berhijrah ruang untuk berkarya agak terbatas, yang berlakon dan menyanyi, memerlukan filem, drama dan rancangan yang bercorak Islamik.


“Artis-artis seperti kami hanya akan berkarya semula dalam bidang seni apabila sudah disediakan ‘padang’ yang bersesuaian dengan Syariah Islam.


“Dan kerana itulah Abby dan artis-artis lain yang berhijrah perlu bersama PAS untuk mendapatkan kuasa pemerintahan dalam PRU kali ini supaya tertubuhnya kerajaan baru yang pastinya akan memerintah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dan memastikan juga wujudnya industri hiburan yang mesra Syariah,” kata Abby Abadi kepada The Malaysian Insider dalam temuramah melalui kiriman pesanan ringkas WhatsApp sebentar tadi.




Pelakon drama gerak khas itu membuat ‘penjenamaan semula’ terhadap dirinya dengan menampilkan ciri-ciri yang lebih Islamik selepas isu penceraiannya bersama pelakon Norman Hakim menjadi sensasi dalam media arus perdana.


Baru-baru ini, Abby Abadi menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahlian ahli seumur hidup PAS kepada Mursyidul Am parti tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga merupakan menteri besar Kelantan.

TQEPICSCENE
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger