Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menunjukkan dakwat kekal di jarinya ketika mengadakan sesi khas bersama media menunjukkan demonstrasi dan susun atur tempat mengundi (saluran), proses pengundian dan penggunaan dakwat kekal di ibu pejabat SPR di Putrajaya.foto :THE STAR
Untuk kali pertama dakwat kekal menjadi mandatori sebelum kertas undi diserahkan dan susun atur terbaru membolehkan setiap wakil parti politik duduk berhadapan dengan kotak undi dan membuang undi.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, dakwat kekal itu sudah terbukti selamat digunakan dan diluluskan Majlis Fatwa, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kimia.
Sementara itu, dua jenis dakwat kekal yang berbeza akan digunakan bagi kategori undi awal terutama untuk anggota tentera dan polis bersama pasangan masing-masing serta undi biasa.
Dakwat yang digunakan untuk undi awal mungkin akan kekal lebih lama. Warna-warna untuk setiap kategori undi adalah unik. Jadi tidak berlaku undi sebanyak dua kali, ia juga menyenangkan semua pihak.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, dakwat kekal itu sudah terbukti selamat digunakan dan diluluskan Majlis Fatwa, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kimia.
"Ia halal...tidak sekat umat Islam ambil wuduk dan tidak memudaratkan kesihatan. Jadi tidak ada sebab bagi mana-mana pihak untuk mempertikaikan penggunaan dakwat ini,"Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (SPR)
Sementara itu, dua jenis dakwat kekal yang berbeza akan digunakan bagi kategori undi awal terutama untuk anggota tentera dan polis bersama pasangan masing-masing serta undi biasa.
Dakwat yang digunakan untuk undi awal mungkin akan kekal lebih lama. Warna-warna untuk setiap kategori undi adalah unik. Jadi tidak berlaku undi sebanyak dua kali, ia juga menyenangkan semua pihak.
+ comments + 3 comments
kerana pembangkang banyak tanya dan memberi persoalan, maka saya pun nak tanya juga. Macammana pula jika selepas mengundi dia keluar lalu terjatuh dan tercabut kuku yang disapu kekal tadi. Mana ada lagi bukti dia dah mengundi keranan kukunya dah tercabut. Tentu dia peluang mengundi lebih dari sekali. macammana?... tolong jelaskan.
Salam tuan,
Mohon pautkan blog kami dari Sarawak
sibuti-selamanya.blogspot.com
Tq
salam..dah d pautkan..tq
Post a Comment