Isnin 2 Julai 2012 penulis diminta oleh majikan untuk ke Bangalore , India bagi membuat Kongres Pembangunan Sumber Manusia Asia ( HRD Asia 2012) yang berlangsung dari 10-12 Julai 2012, yang mana kongres tersebut akan dihadiri oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Rosmah dijangka tiba pada malam 10 Julai dan penulis diminta pergi sehari lebih awal, iaitu pada 9 Julai 2012.
Tempoh seminggu yang diberikan majikan membuatkan penulis dapat melakukan persiapan sepatutnya. Perkara pertama yang dicari adalah paspot antarabangsa. Untuk memeriksa samada masih sah atau telah tamat tempohnya. Nasib baik tempoh sahnya masih berbaki setahun.
Perkara kedua yang perlu diuruskan adalah visa. Semakan yang dilakukan dengan rakan-rakan untuk urusan permohonan visa India memerlukan tempoh tiga hari berkerja. Tanpa melengahkan masa esoknya awal-awal pagi lagi ke sebuah agensi pelancongan yang menjadi ejen bagi urusan visa India bagi memohon visa penulis.
Perkara ketiga adalah tiket penerbangan. Penerbangan Malaysia (MAS) ada melakukan penerbangan harian terus dari Kuala Lumpur ke Bangalore. Namun apa yang sungguh mengejutkan adalah harga tiketnya. Bagi penerbangan tersebut yang memakan masa selama empat jam dan menggunakan pesawat Boeing 737-800 harganya RM 4360.00. Sungguh mengejutkan !
Penulis meminta agensi pelancongan mencari tiket lain yang lebih murah kerana harga yang ditawarkan MAS tinggi melampau. Akhirnya penulis ditawarkan untuk menaiki penerbangan Singapore Airlines yang mana memerlukan penulis perlu terbang dari Kuala Lumpur ke Singapura dan transit disana 1 jam sebelum meneruskan penerbangan ke Bangalore. Harga yang ditawarkan hanya RM 2100.00 dengan menggunakan pesawat Boeing 777-200 yang sudah tentu tempat duduknya lebih selesa dari Boeing 737-800.
Harga yang ditawarkan oleh Singapore Airlines kurang 50 peratus dari apa yang ditawarkan oleh MAS . Cuma perlukan masa tambahan dua jam. Satu jam untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Singapura dan satu jam untuk transit. Namun jika dibandingkan dengan pengurangan yang lebih dari 50 % itu, apalah sangat nak dikirakan dua jam tersebut.
Walaupun segala kos ditanggung oleh majikan namun penulis harus memilih harga yang terbaik. Itu tanggungjawab kita dalam usaha menjaga syarikat dan majikan.
Penulis meminta kebenaran majikan untuk mendapat cuti dua hari selepas dari tugas di Bangalore kerana penulis ingin ke New Delhi bagi berjumpa dengan rakan penulis, yang kini sedang bertugas disana. Dari New Delhi penulis akan terbang ke Kuala Lumpur melalui Singapura. Untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bangalore ke New Delhi dan kembali ke KL harganya RM 3000.00. Masih murah jika hendak dibandingkan dengan apa yang ditawarkan MAS.
Pesawat yang membawa penulis selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarbangsa Bengaluru pada jam 9.45 malam waktu India. (2 ½ jam kebelakang dari waktu Malaysia).
Lapangan terbang tersebut tidaklah besar sangat, namun kelihatan agak baru. Penulis tidak menghadapi banyak masalah dengan pihak berkuasa disana dan dapat melepasinya dengan mudah. Pegawai Imigresen juga sempat menyapa penulis dengan berkata brilliant man sambil mengangkat ibu jari sebagai isyarat bagus apabila melihat buku A Doctor In The House (Doktor Umum) ditangan penulis yang memaparkan wajah Tun Dr Mahathir.
Buku tersebut menjadi bahan bacaan penulis semasa dalam penerbangan. Dengan penuh perasaan bangga penulis berjalan keluar sambil mengilik buku berkenaan. Menurut rakan-rakan yang pernah ke India, kebiasaannya imigresen India banyak soal jawab dan karenah. Tetapi penulis tidak menghadapi semua itu dan urusannya menjadi mudah kerana sebuah buku yang memaparkan wajah Tun Dr Mahathir.
Dari sana penulis ke Hotel ITC Gardenia dimana tempat yang sama program berlangsung. Perjalanan dari Lapangan Terbang ke Hotel mengambil masa lebih kurang 45 minit. Cara pemanduan orang-orang disana agak menakutkan bagi orang yang tiada pengalaman di sana seperti penulis.
Jalan rayanya agak tidak rata dan banyak jalan-jalan baru yang sedang dibina. Bandarnya boleh dikatakan OK. Jauh sama sekali apa yang dikatakan oleh kawan penulis bahawa Bandar Bangalore bersih dan cantik seperti Kuala Lumpur. Tidaklah bersih sangat dan tidaklah terlalu kotor. Cuacanya agak dingin lebih kurang 17 darjah celcius pada waktu malam.
Keesokan pagi atau pada hari pertama disana penulis memulakannya dengan bersarapan di hotel penginapan. Ini yang agak memeningkan kepala penulis kerana memikirkan makanan halal. Maklumlah disitu bukannya bandar orang islam. Akhirnya penulis memilih untuk hanya memakan roti bun dan sebiji parata dengan kari dal.
Banyak juga rakyat Malaysia dan Indonesia yang penulis jumpai di situ , termasuklah Datuk Nadzmi Salleh, Presiden BAM. Seorang rakyat Indonesia bersama isterinya menyapa penulis. Perkenalan itu membuatkan kami bersembang hampir satu jam.
Pasangan tersebut berada di sana kerana menghadiri kongres yang akan turut disertai oleh Datin Seri Rosmah. Mereka juga adalah kenalan Datin Seri Rosmah dan orang yang memainkan peranan penting disebalik kongres yang diadakan yang mana menjemput Rosmah sebagai tetamu khas. Pasangan itu juga memberitahu saya kongres berkenaan akan diadakan di Jakarta pada tahun hadapan dan mereka akan menjemput Rosmah juga sebagai tetamu khas yang akan menyampaikan ucaptama.
Dalam perbualan itu pasangan berkenaan banyak memuji peranan Rosmah dalam kerja-kerja amal serta kebajikan serta penglibatannya dalam beberapa badan NGO atau pertubuhan antarabangsa. Katanya peranan-peranan yang dimainkan oleh Rosmah boleh menyumbangkan kepada nama baik Malaysia.
Pasangan berkenaan juga tahu tentang serangan-serangan peribadi yang dilakukan pihak-pihak tertentu dalam negara terhadap Rosmah dan itu amat menghairankan mereka.
Kenapa perlu diserang jika Rosmah dapat menyumbangkan kepada nama baik negara ? Tanya mereka. Saya hanya mampu menjawab politik di Malaysia 24 jam sehari, 365 hari setahun , fitnah dan persepsi adalah senjata paling utama.
Kenapa perlu diserang jika Rosmah dapat menyumbangkan kepada nama baik negara ? Tanya mereka. Saya hanya mampu menjawab politik di Malaysia 24 jam sehari, 365 hari setahun , fitnah dan persepsi adalah senjata paling utama.
Pasangan tersebut terpaksa mengundurkan diri kerana kongres hendak bermula di dewan yang terletak di bahagian atas.
Selepas itu penulis mengambil kesempatan untuk meninjau tempat kongres berlangsung dan mendapatkan aturcara program Datin Seri Rosmah. Ini supaya menyenangkan kerja penulis keesokan hari.
Hari sudah jam 2 petang dan perut kembali berkeroncong. Pening memikirkan tempat untuk makan. Penulis tidak percaya kepada makanan di hotel. Penulis dapatkan maklumat dari pekerja hotel tentang restoran-restoran muslim di Bangalore.
Lalu mereka mencadangkan kepada penulis ke sebuah restoran muslim yang terkenal di bandar itu yang terletak di Empire Hotel di MG Road. Lebih kurang 5 km dari hotel penginapan penulis. Perjalanan menggunakan teksi akan mengambil masa antara 20 -30 minit kerana kesesakan lalu lintas. Mereka mencadangkan agar penulis menaiki auto richar atau pun di Bangkok ia dikenali sebagai tut-tut dan di Jakarta dikenali dengan nama bajaj. Perjalanan mengambil masa kurang dari 10 minit dengan tambangnya 50 Rupee atau bersamaan lebih kurang RM 3.00.
Lalu mereka mencadangkan kepada penulis ke sebuah restoran muslim yang terkenal di bandar itu yang terletak di Empire Hotel di MG Road. Lebih kurang 5 km dari hotel penginapan penulis. Perjalanan menggunakan teksi akan mengambil masa antara 20 -30 minit kerana kesesakan lalu lintas. Mereka mencadangkan agar penulis menaiki auto richar atau pun di Bangkok ia dikenali sebagai tut-tut dan di Jakarta dikenali dengan nama bajaj. Perjalanan mengambil masa kurang dari 10 minit dengan tambangnya 50 Rupee atau bersamaan lebih kurang RM 3.00.
Mengenangkan sukar untuk penulis kembali ke restoran tersebut untuk makan malam, maka penulis mengambil keputusan untuk membungkus terus makanan bagi makan malam.
Datin Seri Rosmah dijangkan tiba di hotel jam 10.30 malam, dan penulis ke lobi untuk melihat kehadiran beliau. Kelihatan agak ramai peserta-peserta kongres yang menyambut kehadiran beliau. Beliau tiba jam 11 malam dan disambut oleh peserta-peserta kongres serta pihak hotel.
Tidak ada apa-apa aturcara untuk beliau pada malam itu. Keesokan pagi beliau akan menghadiri majlis sarapan pagi Alumni Institut Pengurusan Asia (AIM).
Sebelum terlupa, penulis ingin memaklumkan tentang tujuan penulis diarahkan oleh majikan ke Bangalore adalah untuk ‘mengintip’ kegiatan Rosmah di luar negara. Apakah sama seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu selama ini ?
Sepanjang pengamatan penulis, ianya tidaklah seperti tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada beliau selama ini. Penulis akan kongsikan dengan pembaca sekalian.
Pada majlis sarapan pagi Alumni AIM , tidak ada aturcara yang ditetapkan yang melibatkan ucapan Rosmah. Namun rakan-rakannya yang menjemput beliau berucap dan beliau ada diminta bercakap tentang pelaburan dan ekonomi Malaysia.
Namun beliau menolaknya kerana katanya beliau tidak berhak bercakap mengenai perkara tersebut dan sekiranya pihak AIM ingin
Namun beliau menolaknya kerana katanya beliau tidak berhak bercakap mengenai perkara tersebut dan sekiranya pihak AIM ingin
mengetahuinya boleh berjumpa dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau boleh berjumpa dengan ,Datuk Seri S.Samy Vellu sebagai Duta Khas Malaysia di India dan Asia Selatan atau juga berjumpa dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India.
Beliau berkata jika ingin tahu tentang kerja-kerja amal atau kebajikan beliau boleh bercakap mengenainya. Menghormati rakan-rakannya yang meminta beliau berucap akhirnya beliau memilih untuk berucap tentang pembelajaran yang berterusan sepertimana yang penulis telah tulis sebelum ini di sini.
ARTIKEL 3
Untuk perhatian para pembaca, kebanyakan mereka yang menghadiri majlis sarapan pagi tersebut adalah orang yang sama yang menghadiri Kongres HRD Asia 2012. Mereka semua adalah kawan-kawan dan kenalan Rosmah yang sama-sama menjalani latihan di AIM satu masa dulu. Rosmah pernah menjalani latihan di AIM pada 1984. Turut sama dalam majlis tersebut adalah bekas Presiden Filipina , Fidel Ramos yang juga kenalan Rosmah.
Rosmah hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk ucapan tersebut dan selepas itu mereka bersarapan pagi sambil bersembang tentang kenangan- kenangan mereka di AIM serta perkembangan terkini institut berkenaan.
Turut sama bersama-sama Rosmah adalah beberapa ahli Bakti yang juga merupakan isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri.
Pada sebelah malamnya berlangsung majlis makan malam HRD Asia 2012 dan Rosmah dijemput untuk menyampaikan ucaptama.
Sebelum Rosmah berucap, bekas Presiden Filipina terlebih dahulu menyampaikan ucapan. Semasa berucap Ramos telah meminta semua peserta bersalaman satu sama lain bagi mengeratkan hubungan antara semua peserta dan melahirkan penghargaan kepada Rosmah kerana sudi menerima jemputan penganjur bagi menghadiri kongres berkenaan.
Rosmah pula dalam ucapannya memilih tajuk MEMBANGUNKAN BAKAT UNTUK MASA DEPAN.
Mungkin ada pihak yang tidak setuju apa yang penulis hendak katakan ini. Namun apa yang penulis hendak katakan adalah pendapat peribadi penulis.
Sebagai rakyat Malaysia tersemat rasa bangga di hati penulis apabila melihat Rosmah berucap. Ucapannya sungguh mantap serta lancar dan tidak ada rasa gugup, kekok atau terputus-putus semasa menyampaikan ucapan. Dengan cara yang begitu boleh membuatkan orang luar respek kepada Malaysia.
Tidak lupa juga kandungan ucapannya. Dalam ucapannya Rosmah berkata modal insan ada teras yang paling utama dalam membentuk masa depan sesebuah negara dan ianya penting dipupuk di peringkat muda untuk keperluan dalam membangunkan sesebuah negara.
Kehidupan 5 tahun pertama seseorang kanak-kanak adalah tempoh yang paling kritikal dalam perkembangan seseorang manusia. Dalam tempoh itulah sebanyak 85 peratus daripada kemahiran, intelek, personaliti dan sosial seseorang dipupuk.
Itulah kali pertama penulis melihat Rosmah berucap didepan orang-orang asing dan sebagai rakyat Malaysia penulis bangga apabila beberapa peserta yang penulis temui selepas itu memuji ucapan yang disampaikan Rosmah.
Selesai majlis malam tersebut, penulis terus bergegas ke bilik kerana perlu mengemas barang-barang dan penulis akan meninggalkan Bangalore untuk ke Delhi seawal jam 6 pagi. Manakala penulis difahamkan Rosmah akan ke Dubai untuk menghadiri satu lagi jemputan.
Secara keseluruhannya sepanjang mengikuti program Rosmah di Bangalore penulis tidak terjumpa satu perkara pun yang pelik atau mengjengkelkan sepertimana tuduhan beberapa pihak sebelum ini. Malah penulis merasa bangga apabila melihat bagaimana orang luar mengiktiraf isteri PM negara kita dengan menjemputnya.
Seawal jam 6 pagi 12 Julai 2012 penulis meninggalkan hotel untuk menuju ke Lapangan Terbang bagi mengambil penerbangan ke Delhi. Penerbangan dari Bangalore ke Delhi mengambil masa dua setengah jam.
Tiba di Delhi penulis disambut oleh rakan penulis yang telah berada di Lapangan Terbang Indira Gandhi. Lapangan terbang ini baru dibuka Julai 2010 sempena Sukan Komanwel yang diadakan disana.
Selama ini penulis ingatkan KLIA sebuah Lapangan Terbang yang sudah cukup besar. Rupanya Lapangan Terbang Indira Gandhi lebih besar dan agak lenguh kaki berjalan dari keluar pintu pesawat hingga ke bahagian luar.
Selama ini penulis ingatkan KLIA sebuah Lapangan Terbang yang sudah cukup besar. Rupanya Lapangan Terbang Indira Gandhi lebih besar dan agak lenguh kaki berjalan dari keluar pintu pesawat hingga ke bahagian luar.
Cuaca di Delhi agak panas dan suhu 43 darjah. Penulis dibawa oleh rakan menuju ke rumahnya di Karol Bargh. Rakan penulis telah hampir dua tahun menetap disana kerana terlibat dalam projek pembangunan LRT.
Ternyata suasana di Delhi lebih teruk dari Bangalore. Yang cantik dan tersusun hanya di sekitar Lapangan Terbang sahaja. Delhi terbahagi kepada dua, New Delhi dan Old Delhi. New Delhi kelihatan agak bersih walaupun tidak sebersih Kuala Lumpur. Berbeza dengan Old Delhi yang sungguh serabut, kotor dan menjijikkan.
Melihat keadaannya menyerabutkan dari setiap sudut termasuk keadaan trafik mengundang perasaan penulis untuk tidak keluar bersiar-siar pada hari pertama. Penulis hanya menghabiskan masa di rumah rakan untuk berbual- bual.
Menurut rakan penulis keadaan di Delhi sekarang agak baik selepas Sukan Komanwel 2010. Sebelum itu keadaannya lagi teruk. Orangnya membuang air merata-rata tidak kira tempat. Dimana ada pokok atau dinding mereka akan pancut.
Hari kedua rakan penulis membawa penulis ke Palika Bazar, iaitu tempat membeli belah dibawah tanah yang terletak di Connaught Place, kawasan komersial yang terkenal di Delhi. Penulis ingin membeli sedikit buah tangan untuk keluarga.
Rakan penulis telah berpesan kepada penulis untuk membeli belah disana penulis harus tawar lebih dari 50 peratus dari harga barangan yang disebut oleh penjual.
Ternyata tips yang diberikan rakan penulis benar. Harga yang dibuka oleh peniaga agak gila-gila. Penulis akan minta kurang hingga ke 70-80 peratus. Jika mereka tidak berikan kita tinggalkan kedai mereka dan akhirnya mereka akan tarik kita kembali dan menjualnya kepada harga yang kita minta.
Menjelang tengahari rakan membawa penulis untuk bersolat Jumaat di Jama Masjid. Sebuah masjid yang berusia lebih 300 tahun yang terletak di Old Delhi.
Penulis difahamkan Masjid itu dibina oleh Shah Jehan, orang yang membina Taj Mahal.
Kawasan sekitar Jama Masjid adalah tempat bagi orang-orang islam berniaga dan tempat yang mudah untuk mendapatkan makanan halal. Bagaimanapun keadaan disekelilingnya sungguh menyedihkan. Penulis sedih bila memikirkan kenapa tempat orang islam begitu teruk sekali. Kotornya tidak mampu untuk penulis catitkan. Jalan raya yang berlopak-lopak , peminta sedekah, kedai- kedai yang tiada susun atur yang baik. Sehinggakan kedai makan pun boleh berkongsi dengan kedai tayar.
Ratusan kedai yang berada di sekitar kawasan tersebut. Dari kedai menjual haiwan ternakan kepada menjual daging-daging, kedai pakaian, restoran , hotel hinggalah kepada menjual alat ganti kereta. Semuanya ada disana dan keadaannya sungguh menyerabutkan. Penulis hanya mampu tabahkan hati kerana ingin melihat dengan mata sendiri bagaimana keadaan di tempat orang.
Terus terang penulis katakan, penulis sungguh sedih melihat tempat orang islam yang begitu teruk. Walaupun penulis begitu terliur melihat kuih manis-manisan dengan teh yang dijual , tetapi selera penulis tersekat untuk merasanya bila melihat keadaan sekitar .
Jika cara peniagaan di Palika Bazar kita boleh samakan dengan cara perniagaan di China Town Jalan Petaling di Malaysia. Tetapi suasana kotor dan teruk di sekitar kawasan Jama Masjid tidak ada tempat yang boleh kita samakan di Malaysia. Jika kita hendak bandingkan dengan Jakarta pun tidak boleh kerana keadaan di Jakarta 10 kali lebih baik.
Jika cara peniagaan di Palika Bazar kita boleh samakan dengan cara perniagaan di China Town Jalan Petaling di Malaysia. Tetapi suasana kotor dan teruk di sekitar kawasan Jama Masjid tidak ada tempat yang boleh kita samakan di Malaysia. Jika kita hendak bandingkan dengan Jakarta pun tidak boleh kerana keadaan di Jakarta 10 kali lebih baik.
Melihat keadaan membuatkan penulis rasa bersyukur yang tidak terhingga kerana menjadi umat islam yang bertuah di bumi Malaysia.
Menghampiri jam 4 petang, penulis dan rakan terpaksa meninggalkan tempat itu untuk pulang ke rumah rakan kerana jam 7 penulis perlu ke Lapangan Terbang bagi pulang ke Malaysia.
Sehinggalah sampai di Malaysia, persolan tentang kenapa tempat orang islam boleh begitu teruk terus bermain dalam fikiran penulis dan rasa syukur menjadi rakyat Malaysia terus bermain di hati.
KLPOS
KLPOS
Post a Comment