Label 10

Home » » KEBOCORAN MAKLUMAT PERBELANJAAN ANAK ANAK DS ROSMAH ?!! SIAPA SUMBER DARI DALAM ?!!

KEBOCORAN MAKLUMAT PERBELANJAAN ANAK ANAK DS ROSMAH ?!! SIAPA SUMBER DARI DALAM ?!!

Written By AAKJ on Thursday, July 26, 2012 | 6:00 PM


“Saya yang menjaga dan menguruskan peruntukan RM150 juta yang disalurkan kerajaan Pusat untuk Program PERMATA dan ia tidak ada kaitan sama sekali dengan Penaung PERMATA, Datin Seri Rosmah Mansor”.
Demikian penjelasan Setiausaha Bahagian PERMATA, Saidatu Akhma Hassan sebagai mengulas mengenai isu peruntukan RM 150 juta yang telah disalahertikan oleh pemimpin pembangkang.
Mengimbas kembali ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan mengenai peruntukan tersebut menerusi Pakej Rangsangan Negara, Saidatu Akhma merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menjaga dan menguruskan wang tersebut.
“Saya adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan duit RM150 juta itu dan saya adalah orang yang betul untuk bercakap tentang hal berkenaan.
“Tetapi apabila ada pihak-pihak yang bercakap dan menulis tentang dana itu, saya terdiam dan jadi pening….bagaimana orang-orang sebegini boleh menulis tentang sesuatu tanpa usul periksa malah langsung tidak logik dan ia telah dipercayai oleh segelintir rakyat.
“Saya ingin jelaskan di sini bahawa kita dapat peruntukan RM150 juta.
“Saya sendiri menghadiri mesyuarat dengan di Kementerian Kewangan yang pada masa itu yang diketuai oleh Perdana Menteri. Ketika itu beliau (Najib) bertanya sama ada boleh atau tidak Permata menggunakan dana tersebut dengan melaksanakan program-program yang telah kita rancang,” katanya.
Tambah Saidatu Akhma, dalam siri perbincangan itu Permata dikehendaki  melaksanakan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan memastikan implikasi dari pelaksanaan itu mampu merangsang ekonomi negara di masa akan datang.
“Sebab ia adalah bajet dibawah Pakej Rangsangan, jadi kita kena belanja kalau tidak ekonomi kita tidak mampu dirangsang.
“Jadi apa kaitan bajet untuk Permata ini dengan Datin Seri Rosmah Mansor kerana kebanyakan cerita yang dipapar di blog-blog dan sebagainya mengatakan dana itu dibelanjakan oleh beliau dengan membeli barangan yang mahal.
“Di mana logiknya, beliau (Rosmah) langsung tidak sentuh bajet yang diluluskan itu sebaliknya saya yang mengurus wang itu sepenuhnya di bawah Program Permata Negara,” katanya lagi.
Menurut beliau lagi, peruntukan yang diluluskan itu adalah wang kerajaan yang diagihkan ke bahagian Program Permata.
Maka semua aliran wang keluar masuk perlu melalui proses-proses tertentu, jelasnya lagi.
Bercakap mengenai pengagihan dana RM150 juta itu, Saidatu Akhma menambah sebaik sahaja membuat pengiraan pengurusan kewangan, pihak PERMATA telah memulangkan semula RM20 juta daripada jumlah keseluruhan kepada kerajaan.
“Kita buat kira-kira dan kita dapati Permata tidak boleh dan tidak mampu untuk membelanjakan RM150 juta bagi tujuan pelaksanaan program ini..maka kita pulangkan balik RM20 juta tetapi perkara ini tidak pula ditulis di mana-mana blog.
“Jadi dana yang kita ada selepas itu adalah RM130 juta dan jumlah itu kita pecahkan kepada beberapa agensi yang berminat untuk melaksanakan Program Permata,” katanya lagi.
Beliau menambah, RM77 juta daripada keseluruhan peruntukan Permata telah disalurkan kepada pihak Kemas di seluruh negara.
Katanya, dana itu adalah bertujuan untuk menaiktaraf 313 pusat Taska Kemas yang buruk dan daif berikutan Permata menganggap persekitaran yang bersih dan cantik dianggap mampu merangsang perkembangan otak kanak-kanak.
Selain itu, melalui jumlah yang sama pusat-pusat Taska Kemas itu juga digunakan untuk membeli peralatan pembelajaran baru selain tujuan latihan kepada tenaga pengajar.
“Jadi baki yang tinggal untuk Permata yakni RM16 juta itu kita salurkan pula kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.
“Ini kerana pada masa itu kerajaan Terengganu merupakan antara kerajaan negeri terawal yang menunjukkan minat di mana mereka sangat agresif tentang pendidikan.
“Dana RM9 juta Permata juga disalurkan kepada kerajaan Sarawak  untuk laksanakan Program Permata di negeri itu,” katanya lagi.
Setelah dilihat pecahan dalam bajet yang diperuntukkan kepada Permata, maka di mana logiknya fitnah-fitnah pembangkang yang mengatakan ia telah disalahgunakan oleh Datin Seri Rosmah Mansor.
SUMBER PERAK TODAY
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger