Coexist
Agama Islam, Kristian dan Yahudi adalah 3 agama kitabi yang mempunyai suusur galur yang sama. Sungguhpun begitu perbahalahan diantara 3 agama besar dunia ini memang kita semua pun tahu. Keadaan semakin terus paska 911 dengan umat Islam dituduh menjadi pengganas. Umat Islam pula menjadi paranoid dan menuduh ada konspirasi Yahudi Kristian memburuk-burukkan nama agama mereka. Why can't we just get along?
Pada tahun 2010 sebuah projek sosial dilakukan di Gelsenkirchen Jerman. Sebuah sinagog dan masjid dibina bersebelahan Gereja Bleck, yang merupakan gerja tertua di Gelsenkirchen.
Pembinaan 2 rumah ibadat sementara ini adalah untuk menggalakkan interaksi antara 3 penganut agama kitabi. Diharap apabila rumah ibadat didirikan sebelah menyebelah toleransi dan pemahanan diantara komuniti Kristian, Islam dan Yahudi dapat diperbaiki.
Sinagog dan Masjid ini berdiri dariMac sehingga November 2010. Sepanjang waktu itu pelbagai dialog diantara agama dilakukan. Nice idea.
Di Jerman projek ini diberi pujian kerana cuba membina jambatan antara penganut berlainan agama. As we all know hubungan rakyat Kristian Aryan Jerman dan Yahudi mempunyai sedikit ketegangan kerana Holocaust perang dunia kedua.
Orang Islam pula membanjiri Jerman dan terdapat elemen Neo Nazi yang merasakan kedudukan mereka sebagai ARYANPUTERA dicabar oleh imigran Islam.
Di Malaysia cuba lakukan projek yang sama. Kami yakin belum apa-apa pasti ada puak yang akan butthurt kerana rumah Ibadah Islam diletakkan berhampiran sinagog dan gereja. We are just not mentally ready. Belum apa-apa akan dituduh agenda pluralisme!
Thanks @rojaksedap for the tweet tip!
Post a Comment