Label 10

Home » » FOTO !! WANITA YANG TUKAR STATUS PADANG PKNS NAIK PANGKAT SENYAP-SENYAP ?!!

FOTO !! WANITA YANG TUKAR STATUS PADANG PKNS NAIK PANGKAT SENYAP-SENYAP ?!!

Written By AAKJ on Wednesday, July 4, 2012 | 10:00 AM



Puan Noraini Roslan merupakan watak penting dalam penukaran zon tanah yang melibatkan padang PKNS telah dinaikkan pangkat menjadi YDP Majlis Daerah Kuala Selangor pada 1 Julai 2011. Ertinya dah setahun beliau menjadi YDP.

Cuma MyMassa pelik. Pegawai yang boleh tukar Rancangan Tempatan berkali-kali walaupun dah digazetkan boleh dinaikkan pangkat ke satu jawatan yang agak tinggi. Apa yang MyMassa nampak, tindakan beliau menukar zon tanah kepada Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ) 2 yang telah digazetkan adalah tidak mengikut peraturan. Macam mana pegawai yang tak ikut peraturan boleh naik pangkat?

MyMassa ada dengar bahawa kenaikkan pangkat di Selangor sekarang ni perlu mendapat sokongan pemimpin-pemimpin politik tertentu. Macam dah ada percaturan di kalangan pemimpin Pakatan untuk meletakkan pegawai yang mereka sukai di jawatan-jawatan tertentu. 



Siapa yang selalu ikut cakap pemimpin politik walaupun melanggar peraturan, mereka tidak diambil tindakan. Sebaliknya, orang-orang macam ni yang akan naik cepat. 


Sebab itulah ada di kalangan pegawai-pegawai muda (termasuk penolong pegawai daerah) telah mula rapat dengan pemimpin politik pakatan. Pegawai-pegawai muda ini juga mula menyebarkan fahaman politik (bukan dasar Kerajaan) kerana mereka yakin mereka akan naik cepat. Melangkaui pegawai-pegawai yang lebih senior.

Berbalik kepada kes padang PKNS, mari kita tengok bagaimana pelanggaran peraturan-peraturan berlaku dalam RTPJ oleh MBPJ.

MBPJ mengaku tidak patuh peraturan

Chang Khim: Bagaimana MBPJ dan JBPD boleh melakukan pindaan kalau tiada peruntukan. Di mana kuasa untuk meminda apabila ia telah digazet?
Noraini: Setuju Tuan Pengerusi, pemindaan ini ada dua perkara. Satu adalah kepada guna tanah sedia ada, pelan guna tanah itu sepatutnya betul pada tarikh pewartaan dan cetakan. Sekiranya pada tarikh pewartaan itu juga tidak betul. Amalan biasa, menjadi tanggungjawab pegawai membetulkannya sehinggalah ianya diwarta.

Chang Khim: Selepas diwartakan, di mana peruntukan yang membenarkan pindaan? Seksyen mana yang membenarkan pembetulan dibuat selepas diwartakan?
Noraini: Pembetulan boleh dibuat dengan kebenaran Kerajaan Negeri.

Chang Khim: Di mana seksyen itu?
Noraini: Di dalam Seksyen 16 “Pihak berkuasa kerajaan tempatan boleh pada bila-bila masa membuat cadangan untuk mengubah atau menggantikan sesuatu rancangan tempatan. Seksyen ini membenarkan perubahan itu dibuat setelah diwartakan. Tetapi, perubahan hendaklah melalui prosedur yang berbalik kepada seksyen awal tadi.

Chang Khim: Dalam erti kata senang, rancangan tempatan yang diwartakan tidak boleh dipinda melainkan melalui proses asal, seolah-olah tidak ada rancangan tempatan. Jadi, adakah proses ini dipatuhi?
Noraini: Seperti saya katakan tadi, guna tanah semasa pembetulannya memang perlu dibuat kerana guna tanah semasa...(belum sempat dihabiskan ayat, Chang Khim mencelah)

Chang Khim: Ya, soalan saya. Rancangan tempatan tidak boleh dipinda melainkan balik kepada proses asal. Jadi, adakah proses ini dipatuhi.
Noraini: Errr...tidak.

Chang Khim: Tidak dipatuhi dan dalam keadaan tidak dipatuhi, versi ketiga dikeluarkan dan dipamerkan untuk orang ramai dan digunakan.
Noraini: Itulah yang berlaku.


Siapa arah ubah status tanah?

Chang Khim: Adakah Puan Noraini mempunyai pengetahuan ada cadangan untuk perubahan ‘zoning’ tanah padang PKNS?
Noraini: Saya cuma boleh mengingat sewaktu memberikan nasihat kepada pemaju sahaja. Tidak adil bagi saya untuk saya katakan tahu atau tidak tetapi arahan untuk mengubah mana-mana 'zoning' itu tidak saya beri secara bertulis.

Chang Kim: Jadi, kalau arahan tidak datangdari pengarah perancang MBPJ pada masa itu, arahan daripada siapa?
Noraini: Perubahan seperti saya katakan, pembetulan terhenti ke atas guna tanah sedia ada di mana perubahan itu dikatakan perubahan 'zoning'..saya perlukan bantuan dari pegawai MBPJ,
saya ingat Puan Faiwos boleh bantu saya.


MBPJ salahkan JPBD

Faiwos: Arahan pengubahan ini adalah lanjutan daripada arahan JBPD mengenai pembetulan terhadap laporan RTPJ2. Pihak JPBD juga itu sama masa pada tarikh diwartakan masih memanggil
pihak MBPJ dan JBPD Federal (Pusat) untuk berbincang mengenai pindaan-pindaan dalam laporan RTPJ2 ini.

Chang Khim: Pindaan 'zoning'? Saya tidak nampak dalam ini (rujukan yang disediakan) ada mengatakan, cuma ada surat penyelarasan laporan akhir.
Faiwos: Pindaan itu termasuklah mengemaskinikan maklumat rancangan termasuk mengambil kira pelan yang diluluskan oleh MBPJ.

Chang Khim: Surat ini menyatakan adalah dimaklumkan mesyuarat penyelarasan laporan akhir RTPJ..itu sudah lain dengan pengubahan 'zoning'.
Faiwos: Apa yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah untuk mengemaskinikan lagi pelan di dalam laporan termasuk guna tanah semasa dan juga apa-apa mengenai kelulusan MBPJ.

Chang Khim: Sepanjang tempoh menyediakan draf rancangan tempatan sehingga ke peringkat kerajaan tempatan, adakah mana mana pihak yang mengemukakan bantahan terhadap 'zoning' tanah padang PKNS sebagai tanah lapang dan rekreasi.

Faiwos: Tidak ada.
*** Ketika ini Timbalan Pengarah JPBD, Norasiah Bee Mohd Hanif bangun mencelah menyangkal jawapan Faiwos.

Norasiah: Apa yang dikatakan Puan Fairos bahawa JPBD yang mengarahkan pindaan 'zoning' bagi lot tanah PKNS, itu adalah tidak benar sama sekali. Kita terpaksa menyangkal sebab walaupun ada mesyuarat pada 13 Januari 2011, tetapi nama mesyuarat kita (consisten dari mesyuarat pertama) ‘Mesyuarat Pindaan Rancangan Tempatan’ tetapi mesyuarat itu tidak membincangkan pindaan rancangan tempatan.

Pada peringkat itu, pindaan telah berakhir. Pindaan dimuktamadkan selepas mesyuarat pada 22 Oktober 2010 dan laporan JPBD daripada draf RTPJ2 sehingga laporan yang dihantar ke Exco serta diwartakan konsisten sebagai tanah lapang dan rekreasi.

Baca seterusnya di sini : SUMBER TQ MYMASSA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger