Label 10

Home » » FOTO !! SELANGOR GEGAR DENGAN IKLAN HARAM PM !! eHH HARAM KE TU ?!!

FOTO !! SELANGOR GEGAR DENGAN IKLAN HARAM PM !! eHH HARAM KE TU ?!!

Written By AAKJ on Wednesday, July 11, 2012 | 2:00 PM







Sebelum u all baca bebelan anak dara kesayangan Kalid gagap..aakj nak cerita sikit betapa takutnya Kalid Gagap dengan Dato Noh..tak berani buat press com..minta gadis daranya buat press comm...level mana faekah ? dia Timbalan Menteri Besar ke ? mana azmin ali..kalau azmin ali yang bertempik tu sedap la sikit bunyinya hahaha gilaaa ke apa kalid ni..


Kenapa sampai jiwa kalid tertekan kerana billboard d atas ? sekadar billboard selamat datang ke Parlimen Tanjung Karang..
-billboard propaganda ke tu ? 
-billboard kutuk kalid ada skandal dengan faekah ke ?
-billboard cerita faekah songlap projek selangor ke tu ?


Hanya sekadar paparan SELAMAT DATANG dan letak gambar Perdana Menteri..takkan nak jadikan isu...atau sekadar nak kona dari isu peribadi yang melanda sunti ? ke guana Faekah ?


Iklan dari puok ni faekah tak nak buat pemutihan ke ? ehh jangan salah ingat..aakj tulis pemutihan tu bukan keputihan huhu ;







Merata tempat iklan ni wujud..seluruh Selangor ni...tengok contoh banner ceramah boddoh mat sabu..ada permit ke ni ? mana "sticker" permit dari majlis PBT..? mana ?

contoh banner haram

ini sticker yang wajib d letak d setiap banner ! bayar ni...


Aakj selalu pi minta permit kalau nak sangkut banner BN kat MPSJ..siap bagi warning tak leh letak logo 1MALAYSIA dan lambang BN..huh !!

Foto kat atas tu Penyelaras Parlimen Kelana Jaya, Madam Ong Chong Swen tunjukkan bagaimana MPSJ kekang banner MCA untuk ucap Tahun Baru Cina..siap kena bayar untuk letak sticker kelulusan permit...kenapa takut sangat..siap ada garis panduan dan syarat gila...NO LOGO 1MALAYSIA !!

Kalau kita bangang..depa marah..kata stupid depa kecik ati..boddo sungguh kalid ni..takkan nak letak gambar PM pun kena minta izin..PM d pilih oleh rakyat melalui proses demokrasi..parti yang menang PRU atas dasar majoriti..aduhh takkan PM ni untuk orang BN je..bingai ke apa kalid ni..






KENYATAAN AKHBAR
10 JULAI 2012
NOH OMAR MENTERI BILLBOARD HARAM

Kerajaan Selangor tidak mendapat liputan yang adil dari media arus perdana terutama media yang ada kaitan dengan BN dalam mempromosikan program-progran kerajaan terutama program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang kini telah memberi manfaat kepada lebih 4 juta rakyat dengan perbelanjaan hampir RM700 juta.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menggunakan billboard di seluruh negeri ini untuk menyebarluaskan program MES untuk memberi manfaat kepada rakyat yang tidak mungkin mendapat maklumat ini menerusi media cetak arus perdana dan televisyen.

Kita meminta kebenaran untuk meminjam billboard milik pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri. Kita juga membina 56 billboard baru iaitu satu DUN satu billboard untuk mempromosikan MES selepas mendapat cadangan dalam Dewan Negeri Selangor (DNS) dan diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Projek ini dibuat secara tender terbuka dan pemilihan tapak dibuat atas nasihat PBT. Kita memastikan pembinaan billboard ini mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh PBT dan mengingatkan PBT supaya mengambil tindakan sekiranya kontraktor terlibat gagal mematuhi garis panduan.

Visual dipaparkan pada billboard ini selari dengan apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Apa yang digambarkan pada billboard adalah realiti sebenar yang dilaksanakan kerajaan Selangor untuk rakyatnya.

Tindakan Menteri Pertanian dan Asas Tani selaku Ahli Parlimen Tanjong Karang, Dato’ Seri Noh Omar Noh Omar mencerca PR kononnya hanya tahu memacakkan billboard amat dikesali dan merupakan tindakan tidak tahu diuntung. Ini kerana terdapat tujuh billboard yang memaparkan wajah beliau bersama Perdana Menteri dikesan dipasang secara haram di Tanjung Karang dan Kuala Selangor. Hasil semakan yang kita lakukan, kesemua billboard yang beliau bina melanggar peraturan dan tanpa kebenaran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Mungkin Perdana Menteri tidak tahu perkara ini kerana Noh adalah orang kepercayaannya. Dengan pendedahan ini, kita pasti PM akan merasa malu apabila gambarnya dipaparkan pada billboard haram.

Billboard ini terletak berhampiran Balai Polis Tanjong Karang; simpang masuk ke Sungai Sireh, Tanjong Karang; Jalan Sekinchan-Kuala Selangor (berada dalam kawasan Pejabat Pertanian  Tanjong Karang), Jalan Tanjong Karang-Kuala Selangor (berhampiran Pejabat FAMA Kuala Selangor); Jalan Tanjong Karang-Kuala Selangor (sebelum Jambatan Kuala Selangor); hadapan Pusat Pertanian Sungai Burong dan Jalan Tanjong Karang-Sabak Bernam (dalam kawasan Agro Bank).

Jika undang-undang kecil PBT pun tidak boleh dipatuhi, adakah rakyat Selangor rela menerima Noh sebagai calon Menteri Besar jika Barisan Nasional menang pada pilihan raya akan datang? Perdana Menteri sepatutnya berfikir 10 kali tentang perkara ini.

Tiada satu pun billboard yang dipasang Noh ini mematuhi garis panduan PBT. Sudahlah dibina secara haram, reka bentuk dan keperluan lain pun gagal dipatuhi. Pendek kata, Noh menjadikan Tanjong Karang umpama pekan koboi, boleh lakukan apa saja tanpa perlu merujuk kepada pihak berkuasa.

Kita telah lama memberi peluang kepada beliau tetapi Noh tidak mengambil inisiatif untuk berbincang dengan MDKS atau merujuk terlebih dahulu sebelum membina billboard tersebut. Justeru, kita telah arahkan MDKS merobohkan semua billboard haram ini.

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK
KEPADA YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR 




Keratan akhbar !! Baca saja..tak perlu kata apa-apa..depa ada kuasa..depa boleh wat apa saja huh !! aakj tunggu je Selangor dapat balik kat BN..

Semua Billboard Noh Omar, PM Akan di Roboh MDKS


SHAH ALAM, 10 JULAI : Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar didakwa melakukan promosi dengan memasang billboard secara haram di beberapa kawasan di daerah Kuala Selangor yang memaparkan wajahnya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, hasil semakan dilakukan didapati terdapat tujuh billboard berkaitan yang dipasang secara haram di Tanjung Karang dan Kuala Selangor yang semuanya melanggar peraturan dan tanpa kebenaran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Beliau berkata, tindakan Noh yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani itu jelas membelakangkan peraturan dan undang-undang yang menjadikan Tanjong Karang umpama pekan koboi dengan boleh dilakukan apa saja tanpa perlu merujuk kepada pihak berkuasa.

“Mungkin Perdana Menteri tidak tahu perkara ini kerana Noh adalah orang kepercayaannya. Dengan pendedahan ini, kita pasti Najib akan merasa malu apabila gambarnya dipaparkan pada billboarad haram.

“Jika undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pun tidak boleh dipatuhi, adakah rakyat Selangor rela menerima Noh sebagai calon Menteri Besar jika Umno-BN menang pada pilihanraya akan datang? Perdana Menteri sepatutnya berfikir 10 kali tentang perkara ini,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Faekah berkata, Kerajaan Negeri telah lama memberi peluang kepada Noh tetapi tidak mengambil inisiatif untuk berbincang dengan MDKS atau merujuk terlebih dahulu sebelum membina billboard tersebut.Sehubungan itu, katanya, arahan merobohkan semua billboard telah dikeluarkan kepada MDKS.

Menurutnya, tindakan Noh itu amat dikesali kerana sebelum ini beliau mencerca Pakatan Rakyat (Pakatan) kononnya hanya tahu memacakkan billboard yang dikatakan tindakan tidak tahu diuntung.

Tambahnya, Kerajaan Negeri menggunakan billboard di seluruh negeri ini untuk menyebarluaskan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) untuk memberi manfaat kepada rakyat yang tidak mungkin mendapat maklumat ini menerusi media cetak arus perdana dan televisyen.

“Kita meminta kebenaran untuk meminjam billboard milik PBT di seluruh negeri. Kita juga membina 56 billboard baru iaitu satu Dewan Undangan Negeri (DUN) satu billboard untuk mempromosikan MES selepas mendapat cadangan dalam Dewan Negeri Selangor (DNS) dan diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Projek ini dibuat secara tender terbuka dan pemilihan tapak dibuat atas nasihat PBT. Kita memastikan pembinaan billboard ini mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh PBT dan mengingatkan PBT supaya mengambil tindakan sekiranya kontraktor terlibat gagal mematuhi grsi panduan,” katanya.





Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger