Label 10

Home » » FOTO !! KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA MENGAKU DIA DISOLEK !!

FOTO !! KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA MENGAKU DIA DISOLEK !!

Written By AAKJ on Wednesday, July 25, 2012 | 11:30 PM





Pengakuan JUJUR Ustaz Fathul Bari kepada aakj melalui SMS..aakj tak tahan dan tanya sendiri apa sebenarnya terjadi...ini kandungan SMS yang aakj terima tanpa d ubah ;


1. Setiap insan pasti melakukan kesilapan termasuk diri saya dan KP PAS. Maka saya akui kesilapan saya (spt dalam gambar) disolek kali pertama di bilik mesyuarat (moga Allah ampunkan kesalahan ini), dan saya telah memperbetulkan kesilapan tersebut ketika berada di pentas Debat alhamdulillah.


2. Maka, yg terbaik buat pesalah adalah mengaku kesalahan dan beristighfar.


3. Bagi yg memberi komentar, jagalah lisan dan perkataan. Allah itu Maha Melihat lg Maha Mendengar.


4. Bagi sesiapa yang menganjur yg perlu kepada solekan, maka tolong ambil serius isu perbezaan jantina antara penyolek dan yg disolek.


5. Mungkin ada yg beralasan, "tidak menyentuh kulit", tapi Islam memerintah umatnya menjaga mata pandangan.
Sabda Nabi saw : "mata juga berzina". Melihat aurat wanita adalah sesuatu yang dilarang. Bahkan melihat wanita tanpa keperluan pun, kita diperintahkan oleh Nabi saw agar cepat2 melarikan pandangan.


6. Saya dan KP PAS (saya yakin) bukanlah sengaja menghulurkan wajah utk disolek, tetapi keizinan utk disolek diambil oleh kami secara tiba2 tanpa berfikir panjang. Inilah kelemahan manusia.


7. Saya cuba disolek kali pertama di dalam bilik (spt dalam gambar), saya baru tiba dalam kekalutan dan kelewatan. Lalu disolek buat kali pertama.


Tetapi saya tetap meminta daripadanya utk membersihkan sendiri, namun oleh kerana ketidak "cekapan" saya dalam menyolek menyebabkab wajah saya bertampong lalu penyolek lakukan touch up.


Manakala kali kedua ketika di pentas, saya bermuhasabah kesilapan yang lalu, maka saya tidak mengizinkan wajah saya disolek olehnya lagi.


8. Wall Ust Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh2 parti2 mereka bahawa setiap manusia takkan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS.


Moralnya : Oleh itu, jgn kita mudah menghukum orang kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi.


9. Saya berterima kasih atas nasihat Ust Fauzan dan sahabat2 atas kesilapan ini. Moga Allah memberikan kekuatan utk kita mengharungi fitnah dunia dan akhirat




Ini penjelasan Ketua Pemuda pas ;




Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan merayu kepada semua pihak khasnya penyokong Pakatan Rakyat agar jangan menyebarkan gambar Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang sedang disolek oleh wanita.


Ini berikutan ada pihak-pihak yang menyebarkan gambar itu untuk memalukan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) itu.


Gambar itu diambil ketika Fathul Bari dan Nasrudin disolek oleh jurusolek wanita ketika kedua-duanya menyertai debat anjuran Sinar Harian baru-baru ini.


"Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.


"Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa. 


"Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa," kata Nasrudin.


Beliau harap sangat agar tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk  "PRU 13, Orang Muda Pilih Siapa?" baru - baru ini.


Menurut Nasrudin, beliau  bersetuju bahawa juru solek wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya. 


"Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru solek lelaki untuk lelaki pada masa - masa akan datang," katanya.


Teguran itu, katanya, dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai. 


"Penganjur bersetuju dengan teguran saya," beritahu Nasrudin.


Menurut Nasrduin, beliau sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas 'touch up' muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru - baru ini. 


Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi beliau. 


"Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium. 


"Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani]," tulisnya lagi.


Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali, katanya. 


"Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati - hati," katanya lagi.




AAKJ ; DENGAR-DENGAR TANTAWI DISOLEK 2 KALI DAN USTAZ FATHUL BARI HANYA SEKALI..EHHH VIDEO ADA KE HAHAHAHA OPSSSS !!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger