Selamat datang ke Poboya Sulawesei Tengah. Disini terdapat sebuah lombong emas yang dijalankan secara haram oleh penduduk setempat. Kenapa haram? Pasal tak dapat permit macam penganjurBERSIH 3.0. Haramlah ia! Disinilah penduduk setempat mencari rezeki untuk menanggung perbelanjaan keluarga. Kerana Poboya ialah sebuah lombong emas haram, teknik yang digunakan bagi melombong sangat low tech.
Ianya juga merbahaya kerana pelombong mengorek lobang sesuka hati. Ini mengingatkan aku kepada Rusila Terengganu pada awal 90-an dahulu. Ramai penduduk tempatan melombong secara haram sehingga berlaku banyak kematian apabila terowong yang digali runtuh. Aku lupa apa terjadi pada Rusila selepas itu. Ditutup dan dijual kepada pengusaha professionalkah? Aku malas pergi arkib negara maka aku assume inilah yang berlaku di Rusila.
Tahukah adan di Indonesia seramai 1.1 juta warganya bekerja di industri perlombongan. Manual labour for the win. Bila melihat gambar dibawah kita akan sedar mengapa orang Indo di Malaysia sanggup ambik kerja "low class" yang tidak mahu diisi rakyat Malaysia. Berbanding kerja lombong kerja low class di Malaysia lebih LEMAYAN dan selamat.
Gambar oleh REUTERS/Yusuf Ahmad
tqblogserius
Post a Comment