Label 10

Home » » X'KLUSIF !! PEROGOL BERSIRI...RAJA BAHRIN SHAH WAJIB MOHON MAAF ?!!

X'KLUSIF !! PEROGOL BERSIRI...RAJA BAHRIN SHAH WAJIB MOHON MAAF ?!!

Written By AAKJ on Friday, June 8, 2012 | 4:00 PM


Dah Banyak Yang Runtuh, Raja Bahrin Shah berapa Kali Mau Sembunyi Tangan?

Raja Bahrin Shah Perlu Tampil Memohon Maaf Kerana Telah Menaja Persatuan Yang Dterajui Perogol Bersiri Ustaz Zul. Selaku peneraju utama persatuan yang diterajui Ustaz Zul Perogol bersiri, Raja Bahrin Shah perlu menjadi seorang lelaki sejati, tampil dan memohon maaf. 

Contohilah Menteri Belia dan Sukan, Dato Seri Ahmad Shabery Cheek yang tampil memohon maaf kerana membawa menjadi penaja K-POP yang telah menyentuh sensiviti rakyat. Selaku Penaja kumpulan yang beraktiviti dalam "Rok" dan telah banyak meruntuhkan kehidupan orang dengan pelbagai penipuan, Raja Bahrin Shah merupakan penggerak utama dibelakang tabir disetiap dosa-dosa Ustaz Zul termasuk rogol dan juga imam nikah batin. 

Raja Bahrin Shah perlu memohon maaf kerana tajaan beliau Ustaz Zul telah meruntuhkan Kehidupan dan masa depang mangsa-mangsa yang terdiri daripada golongan remaja. Berapa kali Raja bahrin mahu lari dari tanggung jawab? Atap stadium runtuh pun beliau nak lari, kehidupan anak dara orang yang diruntukkan oleh orang yang ditaja beliau pun masi mau lari ka?

Kronologi kes Ustaz Zul;

3 September 2003

Polis memburu seorang pengusaha pusat kaunseling persendirian dikenali sebagai Ustaz Zul, 46, kerana disyaki merogol tiga gadis dan cubaan mencabul kehormatan seorang pelajar berusia 14 tahun di pusat pemulihan miliknya di Hulu Klang. Kes itu dilaporkan berlaku sejak September 2002 hingga Ogos 2003 di sebuah rumah pangsa di Keramat Permai, dekat Kuala Lumpur yang disewa lelaki terbabit dan di Kuala Berang, Terengganu.

4 September 2003

Polis meneruskan usaha memburu Ustaz Zul yang melarikan diri selepas menyedari mangsa membuat laporan polis. Suspek dipercayai sudah mengubah penampilannya bagi mengelakkan dirinya dikenali pihak berkuasa yang sedang memburunya.

5 September 2003

Polis Hulu Terengganu memantau pergerakan Ustaz Zul di sekitar kawasan hutan Jenagor, sekitar kampung di Kuala Berang dan kawasan Empangan Sultan Mahmud, yang disyaki menjadi tempat suspek bersembunyi.

21 Jun 2006

Seorang pelajar kolej di Terengganu membuat laporan polis mendakwa diperkosa oleh Ustaz Zul yang masih gagal diberkas polis. Suspek yang pandai menggoda melalui SMS didakwa sering berjanji kepada semua mangsa untuk berkahwin sebagai alasan memastikan mereka menutup mulut selepas kejadian rogol atau cabul.

22 Jun 2006

Beberapa bekas pengikut setia Ustaz Zul mendakwa menerima ugutan dan ancaman melalui SMS daripada rakan mereka yang setia kepada penjenayah terbabit termasuk seorang anak orang kenamaan di Terengganu yang berkomplot menyembunyikan suspek sejak lebih tiga tahun lalu.

23 Jun 2006

Ustaz Zul didakwa pernah menganjurkan majlis pernikahan batin lebih enam pasangan di kalangan pengikutnya, termasuk artis wanita berusia 30-an di Taman Melawati pada 2005.

24 Jun 2006

Beberapa pengikut setia Ustaz Zul yang diburu polis berhubung empat kes rogol dan cabul sejak 2003, didakwa kerap menganjurkan perhimpunan misteri di sebuah rumah teres di Taman Perumahan Puncak Alam, Shah Alam, setiap minggu. Perhimpunan itu yang disertai antara lima hingga 10 lelaki didakwa kerap diadakan setiap malam Khamis dan Jumaat hingga awal pagi.

30 Jun 2006

Ustaz Zul dipercayai menyembunyikan diri di kawasan pedalaman Kedah kononnya untuk bertapa. Maklumat mengenai kegiatan Ustaz Zul diterima berdasarkan pengakuan beberapa pengikut setianya selepas polis melancarkan gerakan mengesannya di negeri ini.

15 Julai 2006

Ustaz Zul yang masih menjadi buruan polis dikatakan terus menggunakan pelbagai cara termasuk menukar penampilan diri bagi mengelak dikesan. Suspek dikatakan bertukar wajah dengan mencukur janggut selain menukar serban bagi mengelak dicam pihak tertentu.

21 Ogos 2006

Ustaz Zul yang menjadi buruan polis didakwa aktif menyebarkan ajaran sesat dikenali ‘Jemaah Usul’ yang kononnya menjanjikan syafaat dan syurga kepada pengikut setianya. Penyebaran ajaran bercanggah dengan Islam yang dilakukan secara sulit itu, didakwa membabitkan upacara zikir meragukan dan nikah batin di kalangan pengikutnya.

8 September 2006

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, menegaskan fail siasatan berhubung penjenayah Ustaz Zul tidak pernah ditutup kerana laporan polis sudah dibuat.

28 Februari 2007

Ustaz Zul bersama 22 pengikutnya termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 40-an ditahan sepasukan 30 anggota polis yang menyerbu sebuah banglo yang dipercayai disewa dan dijadikan markasnya di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, kira-kira jam 2 pagi.

Raja Bahrin Shah yang taja Ustaz Zul *P-Rok Perlu Contohi Dato Seri Ahmad Shabery Cheek yang mohon Maaf kerana K-Pop

*P-Rok
P - Perogol Bersiri
Rok - Semak atau Hutan dimana tempat persembunyian..

SUMBER ; By: Brian Pedro
Share this article :

+ comments + 2 comments

April 23, 2013 at 2:18 PM

Assalamualaikum tuan..
Isu berkenaan ustaz zul sudah tamat..beliau tidak bersalah sila rujuk Harian Metro edisi 3 april 2007. "Ustaz Zul diBebaskan" ini menunjukkan dia TIDAK BERSALAH dan kesnya telah ditutup. Semuanya ini adalah fitnah untuk menjatuhkan beliau. Laporan polis juga telah di buat Report No : HULU KELANG/006866/12
boleh refer pd balai polis melawati ampang jaya malah laporan aduan SKMM juga telah dibuat atas penyebaran fitnah ini.

Jadi hentikan fitnah ini

April 23, 2013 at 9:15 PM

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujuraat 49:12

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger