Label 10

Home » » VIDEO !! ADUN SERI SETIA KENA PIJAK D PADANG PKNS !!

VIDEO !! ADUN SERI SETIA KENA PIJAK D PADANG PKNS !!

Written By AAKJ on Tuesday, June 5, 2012 | 6:00 PM



Dalam video ini pembaca boleh tengok bagaimana Nik Nazmi sebagai wakil rakyat kawasan ini beria-ria mempertahankan pemaju.


Selepas dimaki secara terbuka oleh penduduk, peristiwa ini telah dirakam dan kemudiannya dimuat naik ke internet, barulah Azmin, Nik Nazmi dan Kerajaan PKR Selangor sedar bahawa mereka tak boleh lagi nak menipu rakyat. Sebagai tindakan untuk menutup 'kemaluan' masing-masing yang ber'kroni'kan pemaju, kenyataan ini terpaksa dibuat.
PKR gesa PKNS batal projek di padang penduduk 

KUALA LUMPUR, 4 Jun — PKR hari ini mendesak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya membatalkan hasrat mereka untuk membangunkan kawasan padang PKNS Kelana Jaya demi kepentingan masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataannya berkata, projek itu juga jelasnya bercanggah dengan Akta

Perancangan Bandar dan Desa 1976.

“Pendedahan oleh Jawatankuasa Selamatkan Padang Rakyat bahawa cadangan pembangunan Kompleks Sukan PKNS di Kelana Jaya berdasarkan versi tidak sah Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) mempunyai implikasi besar bukan sahaja untuk projek tersebut tetapi Petaling Jaya secara keseluruhan,” kata Nik Nazmi.

Beliau turut menambah, sebelum ini masyarakat setempat dimaklumkan bahawa padang tersebut dizonkan sebagai kawasan komersial. Malah Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan pihaknya sendiri dibekalkan maklumat yang sama.

“Hakikat bahawa wujud bercanggahan di antara RTPJ2 yang digazetkan secara sah oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor dengan versi kedua membangkitkan pelbagai persoalan.

“MBPJ turut bersetuju bahawa versi pertama yang menyatakan bahawa Padang PKNS merupakan kawasan rekreasi merupakan versi yang sah,” katanya lagi.

Nik Nazmi juga menegaskan, pihaknya sebelum ini telah menggesa agar perkara itu dibawa ke Jawatankuasa Terpilih mengenai Kewibawaan, Kebertanggungjawaban dan

Ketelusan (SELCAT) Dewan Negeri Selangor.

“Walaubagaimanapun Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan pembentukan jawantkuasa bebas berkenaan hal tersebut,” katanya.

Sebelum ini telah diadakan beberapa perjumpaan antara penduduk dan PKNS yang mana di setiap perjumpaan tersebut penduduk telah menolak pelan pembangunan berkenaan, dan tetap mahukan kawasan itu kekal sebagai kawasan rekreasi.

Dalam draf asal pembangunan di kawasan tersebut, padang dan Kompleks Sukan Rakyat milik PKNS adalah kekal sebagai kawasan hijau untuk rekreasi.

Kawasan itu juga kekal sebagai kawasan hijau melalui RTPJ2 yang diwartakan Pejabat Perancangan Bandar dan Desa pada 13 Januari 2011 serta diisytihar dan boleh disemak mulai 8 Februari 2011.

Namun, buku RTPJ2 yang dikeluarkan oleh MBPJ menunjukkan kawasan itu adalah zon perniagaan dan perkhidmatan.

Perkara itu telah menyebabkan penduduk kawasan sekitar tidak berpuas hati.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-gesa-pkns-batal-projek-di-padang-penduduk/

Inilah wajah sebenar PKR yang bertopengkan rakyat untuk berkuasa, tetapi menindas rakyat bila dah berkuasa. Bila dah dekat pilihan raya, baru mereka sedar dan mula ikut kehendak rakyat.

Cuma MyMassa nak berkongsi satu kebetulan tentang PKR ni. Ingat tak pembaca, sebelum ini PKR pernah berebut padang dengan budak sekolah? Kalau tak ingat, MyMassa tolong ingatkan.
Ironi tak. Di mana ada padang bola, kat situ PKR buat hal, kat situ PKR nak rampas. Dengki sangat ke diorang dengan rakyat yang suka main bola?

*Mungkin PKR nak tutup padang bola sebab nak bagi sukan 'ping pong' maju kot.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger