Sebelum ini, sudah beberapa kali perundingan dijalankan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan, namun semuanya menemui jalan buntu apabila Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Ibrahim lebih sakan bermain politik berbanding menyelesaikan isu air yang semakin memuncak.
Hampir 200 buah kilang baru tidak dapat dibina di Selangor kerana masalah air. Sekaligus menyebabkan lebih 50,000 peluang pekerjaan tidak dapat diadakan di Selangor hanya semata-mata kerana Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat lebih memikirkan tentang keuntungan besar yang boleh diperolehi oleh kroni-kroni.
Loji Air Sungai Langat 2 yang menjadi kemelut sebenar, masih tidak dapat berfungsi walaupun terowong dari Pahang telah ditebuk selain saliran air sudah boleh dibuat kecuali tingkahlaku kebudak-budakan pimpinan negeri yang masih bermain tarik tali.
Beberapa idea BODOH dan MEMBODOHKAN telah keluar dari mulut Khalid Ibrahim. Antaranya termasuklah, Kerajaan Negeri lebih sanggup mengambil air dari Tasik Kenyir di Terengganu yang jaraknya lebih 400 kilometer berbanding air yang disalurkan dari Karak sejauh 43 kilometer.
Kerajaan Negeri Selangor juga menyatakan, air di empangan mencukupi walaupun pada masa yang sama, tidak pula menyatakan bahawa air di empangan sahaja tidak mampu membekalkan air bersih kepada penduduk jikalau loji rawatan tidak dibina dan disediakan.
Satu lagi idea yang tidak kurang bangangnya ialah apabila Kerajaan Negeri menerusi lidah Khalid Ibrahim menyatakan bahawa air banjir dan air lombong boleh dijadikan sebagai ganti air bersih untuk penduduk Selangor!
Sekali lagi, Khalid Ibrahim terlupa menyebut tentang loji rawatan air yang perlu dibina untuk merawat air berkenaan yang sudah tentu akan menelan kos yang sangat tinggi berbanding menggunakan air sungai yang sudah diketahui tahap kebersihannya.
Air di sungai-sungai Selangor tidak dapat digunakan sebagai sumber air bersih memandangkan tahap pencemaran yang tinggi selain kos yang tersangat tinggi sekiranya dirawat.
Kesediaan Zin Mohamed untuk berdebat dengan Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya merupakan perkara terbaik yang perlu diterima oleh Kerajaan Negeri Selangor. Selama ini, Khalid Ibrahim banyak memberikan fakta TEMBAK-TEMBAK dan ASAL BOLEH termasuklah tahap simpanan air untuk penduduk Selangor.
Malangnya, sehingga kini tiada sebarang tawaran dibuat kepada Kerajaan Persekutuan untuk perbincangan tentang air bersih sebaliknya Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat, lebih selesa bermain retorik dan bersilap mata sambil memperjudikan kehidupan penduduk seluruh Selangor!
SUMBER
Post a Comment