Penubuhan Pusat Simulasi Menembak kendalian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merupakan platform terbaik kepada Skuad Muda Rela untuk mahir mempersiapkan diri dengan kemahiran menggunakan senjata.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pada masa ini menjadi keperluan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk mahir menggunakan senjata supaya boleh membantu pasukan keselamatan lain apabila diperlukan.
“Skuad Muda Rela yang terdiri daripada golongan belia perlu tahu mengendali serta menggunakan senjata.
“Ia juga supaya mereka dapat membuat keputusan tepat ketika situasi memerlukan sama ada untuk melepaskan tembakan atau sebaliknya. Bagaimanapun, tembakan yang dilepaskan perlulah tepat, sebab itu pusat simulasi ini ditubuhkan supaya mereka boleh diberikan pendedahan serta latihan,” katanya.
Pusat simulasi tersebut merupakan pusat latihan utama Skuad Rakan Muda Rela serta badan-badan beruniform di sekolah mahupun di peringkat institusi penggajian tinggi bagi menyediakan latihan yang secukupnya kepada belia-belia disamping sebagai daya tarikan untuk mereka menyertai sebagai anggota sukarelawan KBS.
Pusat simulasi yang pertama di negara ini mampu mengadakan sebanyak 1,115 siri latihan setahun dengan kapisiti seramai 50 peserta setiap sesi.
SUMBER
SUMBER
+ comments + 1 comments
adakah orang awam seperti saya boleh menyertainya dan sekiranya boleh...bolehkah saya mendapatkan butiran.
symarchitecture13@gmail.com
Post a Comment