Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab (atau dahulu dikenali sebagai 370461 Brigadier Jeneral Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab TUDM) tidak dibenarkan menggunakan gelaran pangkat Brigadier Jeneral TUDM yang disandang selepas bersara daripada perkhidmatan berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT). Beliau telah DITAMATKAN PERKHIDMATAN setelah dipersetujui oleh Majlis Angkatan Tentera (MAT) yang ke 469. Selain itu, beliau turut telah:
1. DIBERSARAKAN daripada Angkatan Tentera Malaysia mulai 2 Jun 2008 dibawah Peraturan 20 (2) (g), (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982.
2. DIBATALKAN tauliah dari perkhidmatan Angkatan Tentera dibawah Seksyen 9, Akta Angkatan Tentera 1972.
3. TIDAK DIBENARKAN menggunakan pangkat Brigadier Jeneral TUDM yang disandang selepas bersara daripada perkhidmatan berdasarkan perenggan 4 dan 5 PMAT bilangan 1 tahun 1972.
Perintah ini agak jarang berlaku melainkan seseorang Pegawai Kanan mempunyai masalah besar dan serius serta telah mencemarkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ekoran kecuaiannya sebagai Panglima Logistik TUDM diatas kehilangan enjin jet F-5E milik TUDM yang pada ketika itu dibawah seliaannya. Setelah diperhalusi, sememangnya tepat tindakan Majlis Angkatan Tentera (MAT) berbuat demikian kerana Dato’ Abdul Hadi seorang Pemerintah yang telah diamanahkan oleh ATM dan dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan pangkalan TUDM termasuk 2 buah enjin pesawat berkenaan.
Bukan itu sahaja, beliau juga telah banyak mengambil ‘keuntungan peribadi’ daripada pelbagai transaksi pembelian peralatan dan senggaraan TUDM. Ada yang mengatakan sehingga “pembelian skru untuk kem pun dia nak tahu”. Akan tetapi, beliau terlepas daripada sebarang dakwaan pihak ATM kerana kekurangan bukti kukuh.
Apapun Allah SWT jua yang Maha Mengetahui. Dato’ Abdul Hadi memang terkenal dengan sifat ‘berdendam’ dan ‘bijak memutarbelitkan’ sesuatu perkara, apatah lagi jika ianya membawa keuntungan peribadi terutama berbentuk wang tunai.
Kini beliau mempunyai ruang terbuka luas untuk mengumpul dana setelah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan PKR. Barulah kena…… ‘buku dengan ruas’ Yang sedih lagi mengecewakan……Dato’ Abdul Hadi sanggup melemparkan pelbagai tohmahan terhadap ATM dan Kerajaan, hanya untuk mencapai impiannya menjadi calon PKR pada PRU 13 kelak.
Tidak tahu erti bersyukur.
Itu ungkapan yang tepat untuk diberikan kepada Dato’ Hadi. Angkatan Tentera Malaysia terumatamanya TUDM telah banyak memberi pelbagai kemudahan dan peluang prospek kerjaya kepada beliau. Dihantar pula melanjutkan pelajaran dan kursus sehingga pernah menjadi National Defence Fellow di Washington D.C! Bukan itu sahaja, beliau dilantik menjadi Panglima Logistik Udara yang mana ia merupakan jawatan impian untuk kebanyakkan Pegawai Kanan TUDM. ‘Lubuk emas’ tu chorr...!
Kekayaan yang diperolehi membolehkan beliau berjalan ‘makan angin’ di merata negara seperti Brunei, Vietnam, Thailand, Norway, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Kanada, Singapura, Indonesia, Guam dan banyak lagi untuk saya ingati. Bayangkanlah.. seorang Pegawai Kanan TUDM biasa mungkin tidak mampu untuk mengelilingi dunia seperti Dato’ Hadi. Tetapi, kekayaan dan harta miliknya membolehkan beliau melancong ke seluruh dunia. Betulkan YBhg Dato'?
Salah satu aset milik Dato' Abdul Hadi bin Al Khatab di Ampang, Selangor |
Desas desus dari sumber dalaman PKR yang dikenali dan yang mengetahui, Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab bakal dicalonkan oleh PKR untuk bertanding di kawasan parlimen P.77 Tanjong Malim. Bijak sungguh! Impian Dato’ Hadi untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang mungkin akan jadi kenyataan. Tetapi, PKR pimpinan PKR juga tidaklah bodoh kerana mereka meletakkan beliau di kawasan ‘parlimen maut’ dan ketahuilah bahawasanya Dato' bakal disembelih di Tanjong Malim. Usahlah bermimpi untuk menjadi calon di kawasan selamat. Kalau dulu pada PRU 12, BN menang dengan majoriti 5,422 undi, pada PRU 13 nanti jika Dato' bertanding di sana, akan membuka laluan yang lebih terbuka dan selesa dengan majoriti yang lebih besar kepada BN kerana pengundi Tanjong Malim akan ‘dihujani’ dengan kes salah laku Dato’ hadi sewaktu dalam perkhidmatan dahulu.
Awas! dan berhati-hatilah orang Tanjong Malim, kunci dan rantaikanlah semua enjin kerana bakal calon PKR kelak seorang yang berkemampuan untuk menghilangkan 2 enjin pesawat………amat mudahlah bagi beliau untuk melenyapkan enjin lori, bas, kereta dan motosikal tidak terkecuali basikal. PDRM Tanjong Malim diseru untuk mempertingkat rondaan di sekitar kawasan bengkel sebagai tindakan mencegah insiden kecurian enjin berulang menjelang PRU 13 akan datang.
Persoalannya, siapa peralat siapa? Dato’ Hadi memperalat PKR sebab mahu membalas dendam kepada perkhidmatan, melobi lebih banyak kontrak dan tender projek manakala PKR pula bakal menghumban Dato’ Hadi ke kawasan maut Tanjung Malim? “Seperti melepaskan anjing tersepit..Digigitnya pula tangan yang melepaskan..” Namun, ianya tidak pelik kerana beliau sanggup berbuat apa saja demi memenuhi cita-cita peribadinya. Jika kemudian hari PKR tidak dapat memberi keuntungan kepadanya, beliau akan ‘menggigit kembali tangan yang menyuapnya’ malah mungkin akan bersikap lebih dasyat lagi. Itulah peribadi dan watak sebenar Bekas Panglima Songlap yang bernama Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab!
SUMBER ; ASKAR SETIA
Post a Comment