Label 10

Home » » KELANTAN !! SENARAI DOSA NIK AZIZ ?!! TUKAR !!

KELANTAN !! SENARAI DOSA NIK AZIZ ?!! TUKAR !!

Written By AAKJ on Friday, June 29, 2012 | 4:00 PM




1.     Skandal Kohilal…

Akibat lemah pengurusan, kurang pengetahuan dalam perniagaan yang akhirnya silap membuat pelaburan, kira-kira 20,000 ahli Koperasi Al Hilal Berhad (KOHILAL) terpaksa redho dengan leburnya RM45 juta wang yang mereka laburkan semenjak tahun 1986 hingga 2010.  Sehingga kini KOHILAL masih belum dapat membayar dividen yang tinggi kerana berterusan menanggung kerugian. Redho jer la ye… 

  



2.     Skandal Kelantan Gold Trade (KGT)…
Wang pelabur Jepun, Takao Kono sebanyak US$1 juta (RM3.19 juta) dilesapkan melalui penipuan terancang. Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan siasatan dan pendakwaan terhadap penyelewengan tersebut. Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang bertanggungjawab ke atas KGT diam seribu bahasa. Lobai bersorban menyonglap lagi…redho jer la weh.


 
3.     Hutan diragut, balak dikaut, rasuah dipungut oleh lebai-lebai berjanggut…

Rezab hutan di Kedah dan Kelantan ditebang demi duit balak, tanah pula digadai kepada pelabur asing kononnya untuk buat ladang rakyat…tetapi akhirnya terbengkalai. Khazanah alam, kawasan rekreasi dan sungai musnah. Rakyat terpaksa guna air kotor bagi kegunaan harian seperti mandi, minum dan membasuh. Pemimpin Negeri tak nak bertanggungjawab, salahkan orang lain pulak. Tak pe kita mesti redho walaupun ditipu lebai kepiah putih, demi masuk surga terpilih.



4.     Tabung Memali…kutip beribu-ribu  

Kutipan derma karung beribu-ribu ringgit tak sampai ke tangan balu, waris dan anak-anak mangsa tragedi Memali 1985. Para waris hanya dijanjikan keredhoaan illahi dan surga yang sedang menanti…walhal wang kutipan dijoli untuk kepentingan peribadi pemimpin atasan parti. Kena tipu musti redho, baru dapat surgo.


                                   

5.     Tanah Rezab Melayu dijadikan jirat Cina…
Penduduk Sg Kob, Karangan Kulim memprotes tindakan kerajaan PAS Kedah membenarkan pembinaan jirat Cina mega di tanah rezab Melayu yang dikelilingi majoriti kampung Melayu. Urusan tanah terletak di bawah Kerajaan Negeri, namun Kerajaan Pusat juga dipersalahkan kononnya memberikan kelulusan tapak tersebut sebelum tahun 2004. Walhal kelulusan pembinaan dibuat pada Mei 2008 sebaik saja Pakatan Rakyat menguasai Kedah. Nak redho lagi ker !

tqmymassa
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger