Label 10

Home » » KELANA JAYA !! PENDUDUK LEMBAH SUBANG DAPAT 100% KENAIKAN SEWA !! KAH KAH KEBAJIKAN KOROK MUNG KALID !! part 1

KELANA JAYA !! PENDUDUK LEMBAH SUBANG DAPAT 100% KENAIKAN SEWA !! KAH KAH KEBAJIKAN KOROK MUNG KALID !! part 1

Written By AAKJ on Friday, June 8, 2012 | 10:00 AM



alt

SUBANG 7 Jun - Temuramah yang telah diadakan dengan wakil penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang pada 3 Jun lalu berkaitan dengan beberapa isu yang sedang membelenggu penduduk di situ.

En. Mazlan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Lembah Subang dan juga ketua Blok H PPR Lembah Subang mendedahkan beberapa perkara yang melibatkan ketidakcekapan dan ketidakadilan pengurusan Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) dalam soal penempatan penduduk di kawasan itu.

Projek Perumahan Rakyat adalah usaha kerajaan persekutuan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) . Kementerian  akan menyerahkan projek perumahan yang telah siap kepada kerajaan negeri untuk disewakan  kepada golongan miskin dan setinggan.

alt

Kerajaan negeri pula akan bertanggungjawab untuk mengenalpasti golongan-golongan ini melalui borang-borang permohonan yang diedarkan dan menawarkan kepada mereka unit kediaman PPR untuk disewakan kepada yang layak.

Melalui sumber KPKT, PPR Bersepadu telah diperkenalkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada tahun 1998. Pembinaan PPR Bersepadu di seluruh Negara disasarkan bagi tujuan penempatan semula setinggan khususnya di bandar-bandar utama di samping untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara melalui sektor perumahan serta industri-industri yang berkaitan dengannya. 


Seterusnya, pada Februari 2002 Jemaah menteri telah bersetuju supaya PPR Bersepadu diteruskan pelaksanaannya dengan nama PPR Disewa. Kedua – dua program ini adalah bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.

alt

Antara isu yang timbul di PPR Lembah Subang ialah kadar sewa sebanyak RM124.00 telah dinaikkan kepada RM250 . Menurut En. Mazlan , selepas pilihanraya 2008 apabila Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, pada bulan September 2008 kadar sewa telah dinaikkan ke RM250. 


Keadaan ini membebankan penduduk yang rata-ratanya berasal dari kawasan setinggan.  Kenaikan sebanyak hampir 100% ini didakwa tidak diberi notis atau surat pemberitahuan oleh MBPJ . 

Kenaikan ini juga mengakibatkan tunggakan sewa rumah semakin bertambah dari tahun ke tahun di kalangan penduduk yang kurang berkemampuan dengan kadar sewa baru itu.  


Walau bagaimanapun, En. Mazlan memberitahu bahawa ada dikalangan penduduk  yang kadar sewanya diturunkan kepada RM124 apabila membuat rayuan namun ada juga masih kekal membayar pada kadar sewa yang baru iaitu RM250. Perkara ini menyebabkan penduduk berasa ketidakadilan telah berlaku kerana tiada konsistensi dalam kadar sewa rumah PPR di Lembah Subang

alt

En. Mazlan kesal dengan tindakan kerajaan negeri Selangor  di bawah  Pakatan Rayat yang  kononnya memperjuangkan kebajikan rakyat . Namun hakikat sebenarnya, ‘keperihatinan’ yang diterjemahkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selagor adalah melalui kenaikan sewa sehingga menjangkau 100% . Menurut beliau lagi , pertemuan pernah diadakan dengan Datuk Abu Bakar Hasan , Ketua Jabatan Perumahan Negara pada 7 July 2011.

Melalui pertemuan itu , Datuk Abu Bakan Hasan telah memberitahu mereka bahawa notis makluman dari MBPJ atau Lembaga Perumahan mengenai kenaikan kadar sewa di bangunan milik KPKT itu tidak pernah diterima. Jelas disini kenaikan sewa PPR Lembah Subang sehingga hampir 100% adalah atas tindakan MBPJ sendiri tanpa dimaklumkan pada 'pemilik' sebenar PPR iaitu KPKT. Selaku wakil penduduk , En, Mazlan amat berharap pihak KPKT sendiri campur tangan dalam isu kenaikan kadar sewa ini.
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
August 24, 2012 at 3:12 PM

Encik azmy, bolehkah sy tahu, awak dok kat mane?

Anonymous
January 1, 2013 at 3:58 PM

sapa yg naik kan sewa rumah.... tu pergi tanya dgn khir toyo dulu .

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger