Label 10

Home » » FOTO & VIDEO BUKTI !! SAMAD SAID MENARI KELILING API ?!!

FOTO & VIDEO BUKTI !! SAMAD SAID MENARI KELILING API ?!!

Written By AAKJ on Saturday, June 30, 2012 | 2:00 PM


Pada 23 Jun lalu, Gerakan Anti-Lynas telah mengadakan himpunan selama 24 jam di Pelangi Beach Resort. Antara tokoh yang hadir adalah A. Samad Said.

MyMassa sebenarnya tak kisah sangat dengan perhimpunan kumpulan orang bodoh yang masih percaya dengan dakyah pembangkang bahawa Lynas berbahaya walaupun pakar-pakar nuklear dan kesihatan telah mengkaji dan mendapati bahawa Lynas adalah selamat.


Namun gambar di Suara Keadilan telah berjaya tarik perhatian MyMassa.


Wow! Ada pembakaran terbuka di kala negara menghadapi masalah JEREBU.

MyMassa cuba selidik, adakah benar-benar geng anti Lynas buat pembakaran terbuka dan terbukti benar bahawa ianya benar-benar berlaku. Buktinya ada di video ini yang mana A. Samad Said turut terlibat dalam aktiviti mencemarkan alam ini.


MyMassa pelik dan hairan. Kumpulan anti Lynas mendakwa mereka menentang Lynas kerana sayangkan alam sekitar. Jika mereka sayangkan alam sekitar, mengapa mereka cemari udara dengan pembakaran terbuka? Adakah mereka anti Lynas kerana sayangkan negara dan alam ini atau mereka menentang Lynas kerana mereka takut Malaysia akan jadi negara utama pemproses nadir bumi  seterusnya mengancam China sebagai negara yang menguasai industri nadir bumi ketika ini.


Mari kita tengok apa kesalahan yang boleh didakwa di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.




Nampaknya A. Samad Said dan geng Anti Lynas boleh didenda sehingga RM 500,000 (setengah juta ringgit).

Jadi kepada JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG, jalankan tanggungjawab anda dengan ambil tindakan terhadap individu-individu terbabit. Bukti video dan gambar semuanya ada di sini.


*AAKJ Sokong MyMassa cadangkan kepada NGO yang sokong Lynas seperti Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pahang Mendukung Agenda Untuk Nasional (DAUN) supaya membawa isu ini supaya lebih ramai tahu Anti Lynas bukan sayangkan alam sekitar tetapi berjuang demi agenda kotor mereka.
Share this article :

+ comments + 1 comments

June 30, 2012 at 3:08 PM

Kalau Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang tak buat apa-apa; macam mana ya?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger