Bercampur lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah haram hukumnya!
Itu alasan yang seringkali diberikan oleh orang PAS setiap kali ada perhimpunan atau perkumpulan UMNO. Dicanang di merata-rata tempat dan medium kononnya UMNO tidak tahu menjaga adab-adab agama. Kononnya juga UMNO menggalakkan pergaulan bebas. Berbanding UMNO, PAS pula dikatakan dan diuar-uarkan sebagai penjaga agama dalam sebarang keadaan.
Konon-kononnya mereka tidak mahu kemurkaan Allah Taala dengan mengabaikan perkara-perkara 'sekecil' itu.
Benarkah?
Sudah tentu tidak!
Cakap-cakap agama daripada orang PAS biasanya hanyalah retorik untuk menunjuk baik. Hakikatnya mereka juga seperti orang yang mereka umpatkan. Bahkan lebih teruk lagi, mereka berselindung di sebalik topeng agama untuk melindungi kebuasan nafsu masing-masing.
Itu yang berlaku dalam Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Stadium Darul Aman pada Jumaat lepas.
Kita tidak kata kesemua yang terlibat dalam perhimpunan tersebut berperangai begitu. Lebih ramai yang berperangai sopan dan tahu menjaga batas susila. Namun segelintir yang berperangai hodoh itulah yang memberikan cerminan kepada kegagalan pentarbiyahan PAS kepada ahli-ahlinya untuk mendidik hati. Pentarbiyahan menerusi pendekatan agama-politik, ternyata tidak memperbaiki hati atau mendidik nafsu agar meningkat maqamnya.
Percampuran lelaki dan perempuan dalam sesuatu perhimpunan mungkin dianggap biasa. Malah ada yang segera mengambil qiyas dengan apa yang berlaku di Makkah dan Madinah ketika ibadat ziarah dilaksanakan bagi menghalalkan perbuatan dan amalan mereka di tanahair.
Tak guna sebenarnya bercakap tentang perkara-perkara besar sekiranya perkara sekecil ini pun gagal diperbetulkan lagi. PAS mungkin akan lebih dihormati sekiranya WALK THE TALK dan tidak sekadar terus hidup dengan retorik jalan ke syurga semata-mata kerana TIDAK ADA SATU NAS DAN DALIL pun yang menyatakan, menyokong pemimpin atau kelompok tertentu dalam siyasah akan dimasukkan ke syurga.
Kerana untuk masuk ke syurga, bukan semata-mata kerana pahala tetapi yang lebih penting RAHMAT Allah Taala. Dan untuk mendapatkan rahmat Allah Taala, hati perlulah dididik dan perlu ditundukkan. Bukannya membusungkan dada dengan menyibuk hal orang lain sedangkan pungkur sendiri bercelomes dengan tahi!!!
AAKJ ; SAMADA TERGESEL ATAU TAK TERGESEL TU AAKJ HARAP CAI DAP JANGAN LATAH..BACA SEMULA DARI ATAS MUAHAHAA..OPOCOT !!
Post a Comment