Hari ni baru MyMassa tahu yang bukan ada satu patung, tapi dua. Satu bernama HADI, satu lagi HUDA.
Nampaknya PAS makin tersesat jauh dari ajaran Islam. Jika dahulu Nabi Muhammad musnahkan patung berhala ketika Fathu Makkah (Pembukaan Kota Mekah), kini PAS bina berhala untuk berkuasa.
Ironinya nama berhala PAS adalah sama seperti nama Presiden PAS iaitu Haji Hadi Awang.
BACA KEPUTUSAN MAJLIS FATWA KELANTAN;
Tarikh Keputusan:
10 Apr, 2002
Keputusan:
Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 10 April 2002 telah membincangkan fatwa mengenai membina patung dan perarakan patung binatang yang bernyawa. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:
1. Berdasarkan perspektif maqasid tanpa melihat kepada sebarang perincian pandangan, dirumuskan bahawa aktiviti pembuatan dan pemilikan patung atau objek samada berjisim atau tidak, dengan disertakan motif penyembahan, pemujaan atau sebarang motif yang bertentangan dengan maqasid syar"iah yang enam iaitu penjagaan agama, nyawa, akal, nasab, harta dan maruah maka hukumnya adalah haram dan wajib dihindarkan.
Namun begitu, pertimbangan daripada fiqh furu" wajar dihormati sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Imam as-Sya"rani dalam mizannya.
Justeru itu, sekiranya persoalan pembuatan patung dan pemilikannya bebas daripada pertentangan dengan nilai-nilai maqasid yang disebut di atas, maka kenyataan-kenyataan berikut perlu dipegang :
a. Pembuatan dan pemilikan patung haiwan atau manusia yang berjisim secara lengkap anggota zahirnya adalah haram berasaskan zahir hadis dan prinsip sadduz-Zarai".(سد الزرائع ).
b. Pembuatan dan pemilikan patung haiwan atau manusia yang berjisim tetapi tidak lengkap anggota zahirnya yang merupakan anggota utama yang berkaitan nyawa dan kehidupan seperti kepala dan sebagainya, maka hukumnya adalah makruh tatapi masih di bawah lingkungan perkara-perkara yang harus.
c. Pembuatan dan pemilikan patung haiwan atau manusia yang sempurna tetapi berasaskan kemaslahatan yang mu"tabar di sisi Syara' maka hukumnya adalah dibolehkan seperti pembuatan dan pemilikan patung untuk tujuan pendidikan seperti anatomi badan manusia yang lengkap untuk pengajian biologi atau permainan kanak-kanak dan sebagainya
2. Tentang hukum perarakan burung Patalawati, maka hukumnya adalah mengikut perincian berikut:
a. Perarakan yang menerapkan unsur pemujaan adalah khurafat dan boleh membawa terjejasnya aqidah.
b. Kera"ian dan perarakan yang bersifat demikian wajar dielakkan samada dari segi penganjuran dan penyertaan.
c. Kalaupun kera"ian dan perarakan sedemikian tidak mengandungi unsur khurafat dan syirik tetapi perkara berkenaan tidak memberi sebarang kesan positif kepada mereka yang terlibat dengannya atau kepada yang menyaksikannya, maka hukumnya adalah termasuk di bawah perkara al-Lahwu ( اللهو ) yang makruh dan perlu dielakkan demi pertumbuhan dan pembangunan iman individu dan masyarakat.
d. Sekiranya kegiatan berkenaan memberi kesan negatif dan mudharat kepada agama dan dunia seperti wujud unsur pembaziran maka hukumnya adalah haram.
*PAS memang dah lari jauh dari perjuangan asal mereka untuk tegakkan Negara Islam. Sebelum ni muslimat PAS boleh berjoget atas jalan raya macam perempuan gila, sekarang Pemuda PAS pula bina berhala untuk ke Putrajaya.
Post a Comment