Label 10

Home » » FOTO !! INGAT TAK LAGI PADA " KIM PHUC " YANG BERLARI BOGEL ?!!

FOTO !! INGAT TAK LAGI PADA " KIM PHUC " YANG BERLARI BOGEL ?!!

Written By AAKJ on Sunday, June 10, 2012 | 4:00 PM



Gambar seorang gadis Vietnam berumur 9 tahun meraung "terlalu panas! terlalu panas!", sambil berlari bogel di jalanan ketika kampungnya dibakar tentera Amerika dengan bom api, akan sentiasa menjadi ikon Perang Amerika-Vietnam sampai bila-bila.

Jurugambar Associated Press (AP), Huynh Cong "Nick" yang mengambil imej hitam putih itu dianggap foto yang ikonik 40 tahun lalu menggambarkan kengerian Perang Vietnam tanpa kata-kata. Ianya berlaku pada 8 Jun, 1972, apabila Kim Phúc (kini 49 tahun) ketika itu bersama keluarganya yang berlindung di sekitar Kuil Cao Dai telah diserang.

Akibat dari kesan bom api tentera Amerika itu, pakaian kapas yang dipakainya terbakar dan beliau berlari dalam keadaan terkejut sambil berbogel. Beliau kemudiannya jatuh dan tidak sedarkan diri. Jurugambar AP Press yang berusia 21 tahun ketika itu, membawa Phúc ke sebuah hospital kecil. 



Di sana, beliau diberitahu kanak-kanak itu tidak berpeluang untuk selamat kerana tubuhnya 30 peratus terbakar kecuali bahagian muka dan kepala. Beberapa hari selepas imej yang mengejutkan dunia itu tersiar, jurugambar itu mendapat khabar dari wartawan lain, budak tersebut telah terselamat tetapi mereka tidak lagi bertemu selepas itu.

Selepas pembedahan cantuman kulit dan pelbagai lagi pembedahan susulan, Phúc akhirnya dibenarkan pulang dan menjalani kehidupan normal. Satu ketika selepas itu, beliau juga diterima masuk ke sebuah sekolah perubatan dan menjalani kehidupan dengan pelbagai warna-warni. Kini selepas 40 tahun, Phúc, bahagia sebagai seorang ibu kepada dua orang anak dan suami yang tersayang.



TQKECIKBESO

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger