Label 10

Home » » FOTO !! ANWAR BUAT "HAL" DENGAN PELAJAR UNISEL ?!!

FOTO !! ANWAR BUAT "HAL" DENGAN PELAJAR UNISEL ?!!

Written By AAKJ on Thursday, June 7, 2012 | 8:30 PM





Anwar Ibrahim telah menunjukkan kesialannya dengan skandal terbarunya ini.

Dalam skandal terbaru, Anwar telah mem'perkosa' hak pelajar UNISEL untuk mendapat pinjaman PTPTN.

Ini adalah bukti bagaimana Anwar Ibrahim mem'perkosa' hak pelajar baru UNISEL.




 

Anwar kata tak perlu bayar hutang PTPTN


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada golongan peminjam supaya tidak membuat bayaran kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Anwar menyatakan demikian kepada 10,000 orang dalam satu ceramah di kawasan parlimennya, Permatang Pauh pada malam Sabtu lalu, menurut laporan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily.
Akhbar itu memetik Anwar sebagai berkata, Pakatan Rakyat didakwa akan memansuhkan PTPTN dalam tempoh setahun sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun ini dan jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

Skim pinjaman itu akan digantikan dengan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga pengajian tinggi, untuk semua rakyat Malaysia, kata Anwar lagi.
http://www.malaysiakini.com/news/199888

Sebagai penasihat ekonomi Negeri Selangor, Anwar Ibrahim tak sepatutnyan menghasut pelajar supaya tak bayar PTPTN. Kalau hasutan Anwar Ibrahim berjaya, maka pelajar UNISEL yang sememangnya sering didoktrinisasikan dengan agenda jahat pembangkang tidak membayar pinjaman PTPTN, siapa yang rugi? Tidakkah PTPTN sendiri yang akan rugi.


Maka tindakan PTPTN menangguhkan pinjaman pelajaran kepada pelajar baru UNISEL adalah amat tepat. Sebagai sebuah badan yang memberikan pinjaman, maka PTPTN wajib mengkaji adakah pinjaman yang diberikan performance loan atau non performance loan (hutang tak berbayar) . Jika diikutkan dari kenyataan dan hasutan Anwar Ibrahim, maka pinjaman PTPTN kepada pelajar baru UNISEL adalah non performance loan (NPL). Sebagai sebuah badan yang bersumberkan wang rakyat untuk memberi pinjaman, maka tindakan PTPTN adalah tepat.
PTPTN 'beku' pinjaman untuk siswa baru Unisel


Permohonan siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan, menurut perbadanan tersebut.

Seorang pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel.

Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut.

Tinjauan Malaysiakini di satu laman forum PTPTN hari ini turut mendapati bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu."

Ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel.

Perkara itu dinyatakan salah seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama "ptptn1" ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel pada 8 Mei lalu.

Pinjaman 'ditangguhkan'

Dalam satu lagi jawapannya pada 31 Mei berhubung isu sama, moderator berkenaan menyatakan bahawa "pinjaman bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di Unisel ditangguhkan buat sementara waktu."Mengulas tindakan itu, naib canselor Unisel Prof Dr Anuar Ahmad berkata perkara itu mula disedari apabila pelajarnya cuba memohon pinjaman tersebut melalui sistem dalam talian sejak April lalu.

Katanya, permohonan pinjaman untuk siswa kampus tersebut buat masa ini dibekukan.

Katanya, Unisel kemudiannya mengadakan perbincangan dengan PTPTN berhubung keputusan tersebut sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, sebab pembekuan itu tidak dapat didedahkan kerana perbincangan masih berjalan, katanya lagi.

"Kita sedang berbincang dengan PTPTN jadi tidak banyak yang boleh didedahkan. Jika hujung minggu ini tiada makluman dari PTPTN kita akan hubungi mereka semula," katanya.

Tambahnya, tindakan tersebut mungkin menjejaskan pengajian lebih seribu pelajar yang baru mendaftar di Unisel.

http://www.malaysiakini.com/news/199994 

TQMYMASSA
Share this article :

+ comments + 1 comments

June 8, 2012 at 8:56 AM

NAJIB umumlah pilihanraya cepat... semua ini makin menyusahkan rakyat...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger