Label 10

Home » » FOTO !! ADA IMAM D UPAH UNTUK DOAKAN MALAYSIA HANCUR ?!!

FOTO !! ADA IMAM D UPAH UNTUK DOAKAN MALAYSIA HANCUR ?!!

Written By AAKJ on Tuesday, June 26, 2012 | 6:00 AM



BUKIT MERTAJAM - Umno Pulau Pinang mahu Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menyiasat berhubung seorang khatib yang dikatakan mendoakan supaya Kerajaan Pusat digulingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13, ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Taman Guar Perahu dekat sini, Jumaat lalu.


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, tindakan khatib itu boleh memecahbelahkan umat Islam dan perbuatannya juga dianggap menghasut.

Beliau berkata, tugas seorang khatib adalah menyampaikan nasihat daripada segi agama dan bukan mencampur-adukkan politik dengan agama terutama di rumah suci Allah itu.

"Jika beliau (khatib) hendak berceramah politik, buatlah di luar... bukan dalam masjid. "Perbuatannya jelas menunjukkan ada agenda politik. Jadi saya minta MAINPP siasat kerana inilah khatib yang boleh memecah-belahkan umat Islam dan orang Melayu.

"MAINPP perlu bersikap adil dan mengambil tindakan tegas dalam menangani perkara ini. Takkan nak biar khatib gunakan masjid untuk politik," katanya ketika ditemui pada Program Juara Rakyat ‘Himpunan Anak Muda’ Bahagian Bukit Mertajam di Padang Awam Cherok Tokun, di sini hari ini.

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah media elektronik malam tadi, yang menyiarkan kekecewaan beberapa kariah masjid terhadap seorang khatib yang mendoakan 'kerajaan perlu digulingkan' dalam khutbah Jumaat di sebuah masjid di Permatang Pauh.



tqpilihananda
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger