Label 10

Home » » XKLUSIF !! ANWAR BAYAR YUSUF SEBAGAI PEGUAM BARU BELIAU ATAU YUSUF DENDAM GHANI ?!!

XKLUSIF !! ANWAR BAYAR YUSUF SEBAGAI PEGUAM BARU BELIAU ATAU YUSUF DENDAM GHANI ?!!

Written By AAKJ on Wednesday, May 23, 2012 | 4:30 PM



Agak riuh hari ini dengan cerita bekas pendakwaraya kes liwat Anwar Ibrahim Datuk Yusof yang hari ini menjadi peguambela kepada Anwar Ibrahim dalam kes rusuhan pada BERSHIT 3.0 tempoh hari. Ramai ulasan mengenai pekara tersebut dan diantaranya:

PEMBANGKANG KATA:

"Terbukti Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam kes liwat kerana sekarang ini pendakwaraya yang dulunya menentang Anwar Ibrahim telah menjadi peguambela kepada Anwar Ibrahim"

PRO KERAJAAN KATA:

"Baru jelas mengapa kes liwat Anwar Ibrahim dibebaskan kerana rupa rupanya pendakwaraya Datuk Yusof telah bersama dengan Anwar Ibrahim sejak awal lagi dan hari ini terbukti Datuk Yusof agen Anwar Ibrahim"






‎'Saya tiada hubungan politik dengan Anwar'! 

Bekas Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang kini membela Anwar Ibrahim dalam kes berkaitan perhimpunan 28 April, berkata beliau tidak mempunyai hubungan politik dengan ketua pembangkang itu tetapi sekadar menjalankan tugas sebagai seorang peguam profesional. 

"Saya seorang peguam dan setiap orang berhak berbuat demikian. Saya tidak teragak-agak atau mempunyai masalah untuk mengambil kes ini," katanya kepada pemberita ketika mengulas kehadiran mengejut beliau di Mahkamah Sesyen hari ini sebagai anggota pasukan pembelaan Anwar. Mohamed Yusof, yang mengetuai pendakwaan pada perbicaraan kes liwat kedua ketua pembangkang itu, berkata beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan sesiapapun ketika bersetuju mewakili Anwar. 

Mahkamah Tinggi pada 9 Jan lepas memutuskan untuk melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Mohamed Yusof, yang bersara Februari lepas, berkata Anwar menghubunginya pada kira-kira 10 malam semalam, dan beliau tidak teragak-agak menyertai pembelaan. 

Beliau turut menolak dakwaan bahawa tindakan itu dilakukan sebagai bantahan terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Mohamed Yusof berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan Abdul Gani, dan enggan mengulas lanjut. 

Sementara itu, peguam utama Anwar, Karpal Singh, berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut lewat malam semalam, dan mengalu-alukan kedatangan Mohamed Yusof dalam pembelaan. Anwar pula, ketika dihubungi, berkata langkah itu diambil kerana Mohamed Yusof arif tentang undang-undang. "Saya menghubunginya selepas mendapat maklumat beliau sudah bersedia menyertai pembelaan," katanya. - Bernama



Aakj pun pening..dulu karpal..siap hentam dalam parlimen lagi bahawa Tun Mahathir tak patut simpan peliwat dalam kerajaan..akhirnya karpal bela anwar !!

Kini lagi sekali..kenapa ? adakah yusuf tahu banyak perkara tang kes liwat saiful ini atau yusuf ada masalah dengan ghani ? lagipun anwar memang bukan kerana dia tak meliwat tapi kerana bahan bukti DNA..itu je


kah kah kah nak gelak dan memang tergelak aakj bila anwar kata yusuf arif tang undang-undang..kalu arif tak la kalah ye tak...muahahaha sori la sof..aku gurau je ni

Aakj harap..kes anwar d bicarakan semula !!




KLIK BACA SETERUSNYA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger