Padang PKNS di SS 7, Kelana Jaya hendak dibangunkan oleh kerajaan Selangor dengan projek kediaman dan komersial.
Tak banyak beza pun dengan kerajaan sebelum ini yang mereka kutuk bagai nak rak.
Kenapa penulis cakap tak banyak beza dengan kerajaan sebelum ini?
Siapa orang Kuala Selangor mesti tahu bagaimana padang tepi sungai di pekan lama itu yang selama puluhan tahun menjadi tempat tumpuan, secara tiba-tiba dibangunkan dengan deretan kedai, yang secara umumnya tak berapa laku pun.
Haramjadah punya Majlis Daerah Kuala Selangor. Buat ikut suka mak bapak aje. Itu berlaku zaman kerajaan sebelum ini.
Dan Pakatan Rakyat sebelum berjaya mendapatkan Selangor secara tiba-tiba, selalu cuba menjadi juara dalam isu-isu seperti ini.
Itu sebelum berkuasalah, nampak maksum dan hero, bila dah berkuasa, lama sikit belang yang sama mula muncul.
Tak payah banyak ceritalah, dalam kes Padang PKNS di SS 7, sudah tentu penduduk di sekitar tempat itu tidak mahu kehilangan padang berkenaan.
Kemajuan dan cukup banyak kat kawasan sekeliling, yang hijau tu yang kurang.
Tak perlu banyak belit, yang kaki tak bersukan pasti tak mahu padang itu dibangunkan punya.
Kerajaan Negeri Selangor yang ada ni patut fahamla. Terang banyak mana pun tak guna, pasal penduduk sekitar tempat tu bukannya dunggu, diaorang faham apa hendak dibuat, cuma diaorang tak mahu. Mesej camtu pun tak leh nak tangkap ke?
Diaorang hendak padang tu kekal.
Azmin Ali dengan yang lain-lain bukan datang berbincang, datang hendak menyakinkan yang padang itu perlu dikorbankan.
Itu aje. Tak payah buat la bro.
Kalau diteruskan jugak pembangunan di Padang PKNS di SS 7, maka kerajaan Pakatan Rakyat Selangor lagi teruk pada kerajaan sebelum ini.
Dulu bukan main pandai menegur orang, sendiri apa kurang.
Selain gagal menyelesaikan masalah sampah dan rumah urut, sekarang sudah mula bermotifkan keuntungan pulak.
Post a Comment