KUMPULAN KAMBING AKAN BERKHEMAH DI DEPAN RUMAH MEWAH AMBIGA
KENYATAAN KUMPULAN ANAK MUDA BENCI AMBIGA (KAMBING)
Satu pergerakan baru selain IKHLAS, iaitu mereka yang menamakan kumpulan mereka Kumpulan Anak Muda Benci Ambiga (KAMBING) akan berkhemah selama dua minggu di depan rumah mewah Ambiga Sari bagi menyokong tuntutan para peniaga supaya Ambiga membayar balik ganti rugi kepada peniaga-peniaga kecil ketika pemberontakan 28 April yang gagal lalu.
Sekretariat KAMBING mempelawa anak muda yang tidak hendak menjadi kambing hitam Ambiga supaya datang beramai-ramai di hadapan rumah Ambiga dengan membawa khemah masing-masing. Kumpulan muslimah tidak dibenarkan kecuali ditemani ibubapa atau ahli keluarga masing-masing bagi menjaga sebarang gejala maksiat sebagaimana perkhemahan Adam Ambiga di Dataran Merdeka yang baru lalu. Kanak-kanak bawah umur dilarang.
Sekretariat KAMBING juga memohon jasa baik orang ramai untuk menyewakan sebuah khemah yang agak sederhana untuk tujuan Surau sementara di kawasan yang berdekatan. Sekretariat KAMBING menolak sebarang sumbangan daripada parti BN atau PR kerana tidak mahu dituduh sebagai proksi mana-mana parti. Kami kumpulan bebas kata salah seorang sekretariat KAMBING.
Kami akan memohon segera permit dengan Majlis Perbandaran dan pihak polis. Ini adalah satu kebebasan yang sama juga dengan kebebasan yang dituntut oleh Ambiga dan kumpulannya. Kita tidak akan memasuki satu inci pun kawasan rumah Ambiga, kami akan berada di atas tanah awam dan jalan awam yang kami juga sama-sama membayar cukainya. Ambiga tidak berhalang merasa rimas dan tak boleh tidur kerana kami juga mahukan kebebasan sebagaimana kehendak Ambiga.
Tiada pendaftaran tiada TShirt tiada wang kopi. Jika kamu anak muda yang Bebas dan Mahukan Kebebasan, sertai kami Berkhemah Di Depan Rumah Ambiga minggu hadapan.
Jumpa kami di sana, berita lanjut akan dihantar ke emel blog-blog pilihan yang lain.
Sekretariat Kambing,
Jalan TAR, KL.
(artikel di atas adalah artikel sumbangan melalui kotak emel) TQ MYMASSA
+ comments + 6 comments
what you give, you get back...
redha jela puan ambiga...
Bg la alamat rumah Ambigol ni... ramai kawan2 nak turun.
yer bagi alamat lengkap la..bukan semua tau rumahnya....
ini alamat rumah ambiga..haha
67 Jalan Setiakasih 1
Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Bawak lembu,kambing,ayam ,itik.bagi meriahkan lagi keadaan disana--yang penting jangan lupa bawa bantal,selimut,,,saber ajer leh ambabiga....
Lepas ni buat plak kat rmh Pak Sasterawan, DSAI, dan Assmein.
Post a Comment