Artikel kiriman pembaca MyMassa :
Terima kasih kepada pengirim artikel ini melalui e-mail. Kepada pembaca lain yang berminat, sila e-mail kepada : mymassa.artikel@gmail.com
*Macam ada persamaan A.Samad Said yang berbini 3 dengan BERSIH 3.0.
BERSIH PARTI DULU SEBELUM BERSIH SPR
Pelanduk lupa pada jerat tapi jerat tidak pernah lupa pada pelanduk. Pakatan Rakyat beria--ia benar hendak membersihkan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) kononnya terdapat penyelewengan dalam pendaftaran pengundi-pengundi.
Umum mengetahui satu jawatankuasa untuk mengkaji dan memberi pandangan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya telah dilantik yang terdiri dari beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat bersama dengan wakil-wakil dari BN. Hasil dari perbincangan dan input dari berbagai pihak berbagai pindaan dan tambahan dibuat sebagai memenuhi hasrat ahli-ahli komiti itu
Mengapa perlu diadakan demonstrasi Bersih 3 pada 28 April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur? Apakah Pakatan Rakyat tidak mengakui keputusan yang dibuat oleh wakil-wakil mereka sendiri dalam komiti itu? Pelek sekali.
Yang jelas Pakatan Rakyat hendak mempolitikkan isu SPR. Mereka menonjolkan dua makhluk Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam dan A Samad Said, Sasterawan Negara untuk mendapatkan impak di kalangan rakyat. Umum mengetahui kedua orang ini menjadi kuda tunggangan PKR.
Dikatakan sejak mempunyai tiga orang isteri dengan sebilangan anak A. Samad Said tidak
”mogok seni” lagi kerana mendapat bantuan lumayan dari PKR.Dia tidak perlu mengharapkan royalti dari buku-bukunya yang kurang laris dari DBP untuk hidup. PKR boleh menghidupkannya dan tiga keluarga yang dipimpinnya.
”mogok seni” lagi kerana mendapat bantuan lumayan dari PKR.Dia tidak perlu mengharapkan royalti dari buku-bukunya yang kurang laris dari DBP untuk hidup. PKR boleh menghidupkannya dan tiga keluarga yang dipimpinnya.
Ambiga peguam India yang terlibat dalam kes murtad Lina Joy, dan dikatakan anti Melayu dan anti Islam. Dia diterima baik dalam Pakatan Rakyat.kerana perjuangan Pakatan rakyat yang anti ketuanan Melayu, Raja-raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi sealiran dengannya.
Rakyat bertanya apakah PKR, Pas dan DAP melaksanakan hak ahli secara demokrasi dan bersih? Mengapakah Anwar selaku penasihat PKR berkempen untuk Azmin Ali hingga menimbulkan kebencian di kalangan setengah pemimpin terhadap tindakannya yang sayangkan Azmin, dan tidak mengadakan pemilihan secara bebas dan bersih?
Tanya pula kepada Pas apakah pucuk pimpinannya bertindak menurut Islam bila Dr Hassan Ali dipecat tanpa diberi peluang untuk membela dirinya?
Karpal Singh tidak sebulu dengan timbalan ketua menteri P. Pinang, Ramasamy, kononnya ingin merebut kuasa dan kedudukan hingga berlaku ketegangan dalam DAP. Malah ada pihak mengatakan “kuda tua” dalam DAP hendak terus berkuasa.
Kalau dalam Pakatan Rakyat sendiri tidak ada niat bersih untuk melaksanakan demokrasi janganlah hendak menuduh pihak SPR tidak bersih walau pun terdapat wakil-wakil Pakatan Rakyat dalam komiti SPR itu.
Inilah yang dikatakan tungau di seberang sungai Kelantan nampak tapi gajah di depan mata tidak nampak. Kalau benar SPR tidak bersih bolehkah Pakatan Rakyat memenangi lima dari 14 negeri dalam PRU 2008?
Demonstrasi duduk Bersih 3 hanya sebagai suatu helah politik Pakatan Rakyat hendak memulihkan sokongan rakyat yang tidak dapat menerima Anwar Ibrahim, seorang biseksual, sebagai perdana menteri kalau menang dalam PRU 13. Itu saja.
Terima kasih kepada pengirim artikel ini melalui e-mail. Kepada pembaca lain yang berminat, sila e-mail kepada : mymassa.artikel@gmail.com
*Macam ada persamaan A.Samad Said yang berbini 3 dengan BERSIH 3.0.
Post a Comment