BUKU dalam talian The ‘I’ Files oleh Jonathan Smith yang membongkar kisah-kisah Anwar kini mula diperkatakan umum. Seperti yang ditulis sebelum ini iaitu kebanyakan kisah yang diceritakan adalah rahsia umum, setidak-tidaknya bagi para pemerhati politik veteran.
Kisah Anwar kahwin lari, bapa Wan Azizah mengamuk ingin menembak Anwar bukanlah sulit walaupun mungkin ramai anak-anak muda hari ini belum pernah mendengarnya. Malah, kisah-kisah bagaimana beliau ditaja oleh kumpulan ektremis Islam, pendokong Wahhabi juga sudah pernah didedahkan.
Penglibatan beliau dengan International Institute of Islamic Thought (IIIT) sememangnya diketahui ramai. Apa yang menarik ialah Smith tidak pula (atau belum lagi) menghuraikan berkenaan IIIT secara terperinci. Kita percaya bahawa lokasi IIIT di Langley, yang juga menempatkan pejabat CIA bukanlah satu kebetulan. IIIT adalah diwujudkan oleh CIA.
Menurut beberapa sumber, hasil penyelidikan pemikiran umat Islam oleh IIIT digunakan oleh CIA untuk memanipulasi, melaga-lagakan dan memusnahkan negara-negara Islam secara halus dan tersusun.
Melalui IIIT juga diwujudkan Muslim fanatik, Muslim liberal di seluruh dunia bagi mengekang Muslim fundamental iaitu yang berfahaman sederhana selaras dengan ajaran Islam sebenar.
CIA tahu bahawa Muslim fanatik akan secara automatik akan bertelagah dengan Muslim fundamental. Jika perlu, CIA akan menimbulkan isu melalui agen-agen mereka di negara-negara berkenaan, menyemarakkan kebencian sehingga memabawa kepada kekecohan dan mungkin juga perang saudara dan pemberontakan.
Apabila negara-negara Islam mula lemah akibat pertelagahan sesama sendiri, barat akan memberi sokongan, bantuan malah dana untuk mengembangkan fahaman liberal di negara-negara tersebut melalui berbagai sudut, bentuk dan cara.
Maka kita wajar faham bahawa tajaan wang yang dikatakan diterima oleh Anwar dari kumpulan ektremis Islam tadi adalah berakar umbi dari barat, iaitu CIA juga - mungkin pada ketika itu, tanpa disedari oleh Anwar mahupun kumpulan-kumpulan ektremis Arab itu sendiri.
Yang jelasnya, hari ini, kita tahu bahawa Anwar memang cukup sedar mengenai tangan-tangan CIA di dalam IIIT. Tidak mungkin beliau tidak tahu kedudukan sebenar apabila namanya terletak sebaris dengan tokoh-tokoh Yahudi Zionis dan Muslim liberal di dalam beberapa pertubuhan yang berkait rapat dengan CIA.
Selain wang dari kumpulan ektremis Islam, Smith menyebut satu lagi punca kewangan Anwar yang mungkin belum pernah diketahui sebelum ini, iaitu Petronas dan bagi pihak rakyat Malaysia keseluruhannya, kita yakin inilah yang menjadi persoalan utama yang timbul dari 4 bab buku ini.
BACA DETAIL D SANGGAH TOK JANGGUT
Post a Comment