Please Jangan Sentuh Kawasan Dalam Rumah Ambiga
EMEL TERAKHIR KUMPULAN ANAK MUDA BENCI AMBIGA (KAMBING)
http://mymassa.blogspot.com/2012/05/sebuah-ngo-akan-berkhemah-depan-rumah.html
Kepada anak muda yang sedang bersiap-sedia untuk ke acara khas esok selepas diharap menjaga keselamatan di sepanjang perjalanan. Bagi yang menaiki motor, adalah diingatkan kawasan rumah mewah Ambiga masih boleh memuatkan 100 biji motor jika disusun rapat-rapat.
Kepada lelaki, tolong Solat Jumaat dahulu di masjid yang berdekatan.
Kepada mereka yang membawa kereta, tiada parking disediakan, tetapi di sebelah kanan ada sedikit kawasan kosong boleh menampung 10 hingga 20 kenderaan sederhana. Anda dinasehatkan parking jauh sedikit di bawah rumah sebelah kiri, berdekatan simpang tiga. Janganlah pula menghalang lalulintas terutama pintu masuk rumah jiran-jiran Ambiga.
http://mymassa.blogspot.com/2012/05/media-release-untuk-disebarkan-kambing.html
Jika anda berhasrat membawa anak-anak anda, sila sediakan tikar dan khemah sendiri. Juga plastik hitam untuk membuang sampah. Pihak Dewan Bandaraya tidak akan memungut sampah-sampah anda melainkan anda menyediakan plastik hitam dan silalah longgokkan di bahu jalan.
Jika anda membawa haller/pembesar suara, pastikan corongnya dihalakan di luar pagar pintu rumah mewah Ambiga, jangan halakan di rumah jiran Ambiga. Banner dan sebagainya jangan gantung di pintu pagar rumah Ambiga.
Jika kamu ahli mana-mana parti sila jangan hadir. Kami NGO bukan partisan. Kami mahu Ambiga menjawab tuntutan kami. Kami orang tidak punya rumah sendiri melainkan penyewa sahaja, bukan seperti rumah mewah Ambiga. Tapi kalau sudi bawa makanan , terima kasih banyak ler. Kita terima aje.
http://mymassa.blogspot.com/2012/05/berita-baik-untuk-kumpulan-anak-muda.html
JUMPA DI SANA ESOK...
SEKRETARIAT KAMBING.
KL.
(Anak Muda Jalan TAR).
Post a Comment