PUTRAJAYA, 9 MEI 2012 - “Ia merupakan satu transformasi kerajaan untuk mengumpulkan belia-belia Malaysia untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bukan sekadar hiburan semata-mata bahkan ia juga melibatkan kerohanian, pendidikan dan karier,” ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim dalam taklimat Hari Belia Negara (HBN) 2012 bersama 25 peguam muda profesional di Sekreteriat Hari Belia Negara di Sekretariat HBN 2012, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.
HBN yang bakal berlangsung selama lima hari bermula 23 sehingga 27 Mei disajikan dengan lebih dari 500 acara di 24 pentas yang sediakan khasnya untuk belia-belia Malaysia menunjukkan kreativiti dan bakat-bakat masing-masing.
Menurutnya lagi, “peguam-peguam muda dapat memberi sumbangan dalam pembentukan negara dan dapat menyumbangkan bantuan guaman secara percuma berkaitan dengan undang-undang negara dan sebarang permasalahan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir pada HBN kali ini.”
Di samping itu, KBS menggalakkan belia-belia profesional dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkerjasama dalam menjayakan HBN yang bakal mengumpulkan dua juta generasi pemimpin masa depan negara.
Inilah untungnya apabila kita sama-sama menjayakan HBN 2012 ini. Bantuan guaman percuma turut disediakan kepada para pengunjung yang berminat. Tetapi tidak pastilah pula kalau kes kaunseling bini orang jam 3 pagi diorang boleh tolong settle atau tidak.
Namun, pengecualian keras dikenakan ke atas penjenayah tegar seperti di bawah ini. Kalau mahu juga, barisan peguam penjenayah macam Karpal Singh dan geng-geng pro Ambiga di Bar Council sedia menyeleweng fakta dan mengelirukan mahkamah!
Post a Comment