Label 10

Home » » HIMPUNAN JUTAAN BELIA !! BELIA CINA 200,000 ORANG AKAN HADIR !! wOO HEBAT !!

HIMPUNAN JUTAAN BELIA !! BELIA CINA 200,000 ORANG AKAN HADIR !! wOO HEBAT !!

Written By AAKJ on Friday, May 4, 2012 | 8:00 AM



Belia Tionghua melalui persatuan-persatuan belia masing-masing begitu teruja untuk menjayakan Sambutan Hari Belia Negara 2012 Mei nanti apabila kira-kira 200,000 telah memberikan komitmen untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan tahun ini.


 

Mereka akan ditempatkan di Zon Perkampungan Cina dengan mempamerkan pelbagai aktiviti kesenian, kebudayaan disamping gerai-gerai pameran yang berkonsepkan budaya masyarakat Tionghua di sepanjang program lima hari itu.

“Zon khas belia Cina ini bagi menggalakkan lebih banyak penglibatan belia-belia cina pada Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 kali ini yang merupakan julung kali diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia”, ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Sieu dalam sidang medianya di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, “Jangan salah sangka dengan menyangka bahawa Putrajaya ini hanyalah untuk satu komuniti sahaja tetapi ialah sebuah bandar yang dibina untuk golongan belia Malaysia tanpa mengira kaum. Ia sekaligus memberi cabaran kepada semua belia Cina untuk merebut peluang menempatkan diri dalam 38 segmen yang telah disediakan di sepanjang sambutan lima hari itu."

HBN 2012 akan diadakan selama lima hari bermula pada 23 hingga 27 Mei ini dengan 1000 persembahan dari dalam dan luar negara disamping 22 persembahan pentas yang menyajikan pelbagai bentuk persembahan mengikut segmen masing-masing.

Pertama kali diperkenalkan, perkampungan ini turut menyediakan program-program tersendiri seperti pameran-pameran pendidikan dan perlancongan, bakat-bakat daripada belia Cina, persembahan daripada artis-artis Cina tempatan dan luar negara serta banyak lagi.

Senator Gan optimis serta yakin bahawa belia-belia ini mempunyai kreativiti tersendiri bagi menghasilkan sesuatu dan terpulang kepada mereka untuk merealisasikannya. 

Turut terlibat menjayakan program ini adalah seperti Soka Gakkai (SSGM), Fo Guang, Xiang Nan, EMCO, Persatuan Belia-Belia Cina, YMM, GBBM yang mengambil peluang dalam perhimpunan besar-besaran dengan mewujudkan kerjasama dua hala dalam memajukan ilmu pengetahuan, ilmu penganjuran majlis dan sebagainya supaya sesi pembelajaran itu lebih mampu dipelajari.






Share this article :

+ comments + 1 comments

May 4, 2012 at 10:18 AM

Bagus. mcm ni lah 1Malaysia..

NURUL IZZAH BODOH! ISU PENGUNDI HANTU PUN TAK FAHAM? Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger