Gambar Hiasan |
Pegawai Polis Bogor telah menahan 4 penjenayah pornografi ketika mereka sedang merakamkan satu adengan babak lucah di sini. Mereka telah ditahan di sebuah bilik hotel di Parung, Bogor pada petang Ahad yang lalu.
Ketua Unit Jenayah, Pesuruhjaya Imron Ermawan Bogor berkata, serbuan sebenarnya dibuat di atas makluman mengenai kegiatan dadah yang berlaku di bilik hotel tersebut.
"Ketika serbuan dilakukan, rupa-rupanya mereka sedang membikin filem lucah.
Mereka menggunakan peralatan seperti video kamera dan juga telefon bimbit," kata Imron di pejabatnya.
Suspek yang ditahan termasuklah 4 wanita dan 3 lelaki. Empat dari berasal dari Bogor.
Ketika sebuan sedang dilakukan, seorang wanita sedang dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki dan dua orang lagi suspek sedang sibuk merakamkan aktiviti tersebut.
"Di dalam satu lagi bilik lain, ada dua lagi suspek, tetapi mereka tidak ditahan kerana tidak terlibat secara langsung dengan aktiviti pornografi tersebut." katanya lagi.
Semua suspek ditahan dibawah Artikel 29, 34, dan 35 Undang-undang Pornografi bersamaan dengan Artikel 55 dan 56 Kod Jenayah.
"Hukuman bagi kesalahan ini adalah 12 tahun penjara," tambah Imron.
TQPILIHANANDA
+ comments + 1 comments
salam.tolong linkkan blog apa yang tersirat. blog sdr sudah dilinkkn. tks
Post a Comment