Label 10

Home » » FOTO & VIDEO !! SKANDAL TERBARU LATHEEFA KOYA & JANTAN INDIA ?!!

FOTO & VIDEO !! SKANDAL TERBARU LATHEEFA KOYA & JANTAN INDIA ?!!

Written By AAKJ on Friday, May 4, 2012 | 4:00 PM



R Thangam dengan gaya smart ala James Bond
Seperti yang dijanjikan, pendedahan yang berikutnya juga melibat James Bond PKR iaitu R Thangam. Jika yang terlepas kenapa dia dapat gelaran James Bond dari MyMassa, sila ke sini (http://mymassa.blogspot.com/2012/05/bongkar-awas-cawangan-khas-pkr-dah-ada.html).

Skandal yang MyMassa dedahkan ini bukan skandal XXX tetapi skandal Latheefa Koya berkomplot dengan R Thangam untuk menipu mahkamah. Penipuan tersebut terkandung dalam berita ini. Teliti tulisan yang MyMassa merahkan.
Bersih 3.0: Timbalan Ketua Cabang PKR Rasah Individu Pertama Didakwa Langgar Perintah Mahkamah 

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Rasah R. Tangam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan sebagai ahli perhimpunan yang melanggar perintah mahkamah bagi menghalang orang awam, peserta dan penganjur perhimpunan daripada berada di perkarangan Dataran Merdeka pada 28 April lalu.

Tangam, 50, seorang bekas tentera juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan, di mana beliau bersama-sama "Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mengingkari perintah majistret Zaki Asyraf Zubir dengan menghadiri perhimpunan berkenaan yang dilarang dan seterusnya menyebabkan kegusaran kepada anggota-anggota polis yang bertugas di kawasan Jalan Raja Laut pada hari yang sama.

Tangam didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di Jalan Raja Laut, pada kira-kira pukul 3 petang. Dia merupakan orang pertama yang didakwa atas kesalahan itu.

Untuk kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan pilihan, Tangam didakwa mengikut Seksyen 188 kanun yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga sebulan, atau denda sehingga RM400, atau kedua-duanya sekali. Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanapiah Zakaria meminta mahkamah agar jaminan ditetapkan pada RM5,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga memberitahu mahkamah jaminan berkenaan berpatutan memandangkan tertuduh tidak memberi kerjasama kepda polis untuk merakamkan percakapannya.

Peguam Latheefa Koya berkata anak sulong Tangam yang hadir di mahkamah untuk menjamin ayahnya tidak mampu dan lagipun beliau (anak Tangam) terpaksa meminjam daripada rakan-rakan ayahnya yang hadir di mahkamah. 

Latheefa juga memberitahu mahkamah bahawa tertuduh kini tidak bekerja dan mempunyai enam orang anak dan isterinya merupakan suri rumah.

Hakim Mahmud Abdullah menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin, sebelum menetapkan 5 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan. -BERNAMA

Latheefa Koya mendakwa anak guamnya tidak bekerja. Lathefa juga buat cerita sedih kononnya anak Thangam terpaksa meminjam untuk hadir di mahkamah. Itu cerita mengenai R Thangam versi Latheefa Koya untuk meraih simpati.

Bagaimana pula dengan cerita R Thangam versi Malaysiakini ketika misinya melawan Tan Sri Isa Samad dalam isu FELDA. Sila baca dan bandingkan kedua-dua versi ini.
Thangam, kisah kejayaan peneroka bukan Melayu
Sekilas pandang, tidak ramai yang akan menyangka  R Thangam, 50, yang berpakaian segak, lengkap dengan tali leher dan lengan panjang yang berkafling adalah seorang peneroka Felda.

Anak pekerja estet dari Rembau itu, adalah bukti cerita kejayaan Felda.
NONEMenceritakan pengalamannya di "rumah percutian" mewah miliknya di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, Thangam, berkata bapanya antara sebilangan kecil masyarakat bukan Melayu yang dipilih untuk menyertai skim rancangan tanah untuk keluarga bagi miskin di Felda Sendayan pada tahun 1962.

"Saya dilahirkan dalam keluarga Felda. Ini sesuatu yang perit pada mulanya. Tiada kemudahan elektrik, tiada (bekalan) air.

“Malah, kami terpaksa menanam padi sendiri untuk makan, dan (ketika itu) ada belalang yang begitu banyak. Belalang itu hanya hilang seorang imam menunaikan solat," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Tidak seperti kebanyakan penempatan Felda yang lain, Felda Sendayan mencerminkan masyarakat majmuk negara ini. Rumah Cina, Melayu dan India boleh dilihat berselang-seli satu sama lain dan jiran-jiran masyarakat majmuk itu sering kelihatan berbual mesra di antara satu sama lain di kedai runcit.

Peneroka yang pernah menjadi penoreh getah, tetapi kini sudah bersara itu menganggarkan bahawa orang Melayu sekurang-kurangnya 75 peratus daripada peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felda di negara ini adalah masyarakat Melayu. Ini diikuti dengan kira-kira 10 peratus penduduk India dan selebihnya kaum Cina dan kaum-kaum minoriti lain.

Masuk universiti
"Bagaimanapun tidak ada lagi peneroka bukan Melayu diterima memasuki skim Felda, bermula akhir 1980-an," katanya.
azlanBagi Thangam, keputusan bapanya menyertai skim ini berjaya mengubah masa depan keluarganya.

Bermula dari keluarga yang miskin, Thangam kini berbangga dengan kejayaan mereka sehingga mampu menyekolahkan anak-anaknya ke peringkat universiti. Seorang daripada mereka kini adalah seorang doktor manakala seorang lagi adalah juruterbang. Anak gadis bongsunya pula, menjalani alam persekolahan yang cukup berbeza seperti yang dialaminya.
Beliau meninggalkan penempatan itu selepas zaman persekolahannya pada usia 18 tahun dan menyertai angkatan tentera. Namun, Thangam pulang semula pada usia 29 tahun untuk menoreh getah di atas tanah bapanya. Tetapi kebakaran pada rumah jirannya mengubah segalanya.

Rumah jiran terbakar

"Rumah jiran kami, keluarga Melayu, terbakar. Bayi mereka ditinggalkan di dalam rumah. Isteri saya merayu agar saya tidak masuk, tetapi saya ... pergi dan berjaya membawa bayi itu keluar. Belakang saya terbakar dengan teruk," kata Thangam.
isa samad interview 150509Sebagai menghargai jasanya, Menteri Besar Negri Sembilan, ketika itu Tan Sri Isa Samad (kiri) menawarkan kepadanya sebuah rumah kos rendah tetapi beliau menolaknya kerana tidak mahu dilihat sebagai mencari habuan bagi bantuan yang dihulurkan.

Bagaimanapun, hubungan yang baik dengan Isa ternyata berguna. Tidak lama selepas itu, seorang jiran lain menawarkan untuk menjual tanah miliknya kepada Thangam dan beliau berjaya mendapatkan bantuan menteri besar berkenaan bagi meluluskan pembelian berkenaan.

Dengan tanah itu, beliau berjaya membuat simpanan dengan melaburkan sebahagian besar wangnya dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan Koperasi Angkatan Tentera.
http://www.malaysiakini.com/news/190941

Dalam cerita versi Malaysiakini, punya la hebat R Thangam. Tetapi dalam versi terkini, tiba-tiba cerita kehebatan Thangam bertukar menjadi cerita sedih. Namun dalam video semasa temubual wartawan Malaysiakini, R Thangam mengakui bahawa dia mempunyai saham KPF sebanyak 250,000 unit! Campur dengan ahli keluarganya, mereka mempunyai sehingga 750,000 unit saham.


Kalau tak jelas sebutang 250 ribu saham, boleh tengok versi penuh di Malaysiakini.

Jika mempunyai saham sebanyak itu, bagaimana Latheefa Koya cuba menggambarkan R Thangam sebagai miskin? Bukankah itu satu cubaan menipu mahkamah?

*Apa hukuman untuk peguam yang menipu di mahkamah? Ada holiday home pun miskin ke?
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger