Label 10

Home » » FOTO !! GUGURNYA AIRMATA IBU...AZMIN..PULANGLAH !! KITA HANYA ADA 1 IBU SAJA !!

FOTO !! GUGURNYA AIRMATA IBU...AZMIN..PULANGLAH !! KITA HANYA ADA 1 IBU SAJA !!

Written By AAKJ on Sunday, May 6, 2012 | 11:30 AM


NAMANYA Che Tom Yahaya, berusia 78 tahun dan kalau sebut nama itu mungkin ramai yang tak mengenalinya, tapi kalau sebut nama Azmin Ali, Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali, tak mustahil ramai yang akan mengingatinya kerana beliau adalah ibu kandung kepada tiga individu yang cukup dikenali ramai ini.

Ketika memulakan bicara, Che Tom mengambil masa hampir beberapa minit sebelum melontarkan ayatnya yang pertama.Namun setiap kalibeliau bercakap, setiap kali itu jugalah airmatanya jatuh menitis membasahi pipi.

” Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,” kataChe Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu.

Menurut Che Tom, entah dimana silapnya, Azmin, anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya dan kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas.

Sejak itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.

Che Tom pernah berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.

“Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar,” katanya.

Katanya, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin.

“Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami,” kata Che Tom


mehhh detail d sini ; sedeh..aku juga masih punya ibu !!

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger