Label 10

Home » » FOTO !! ANAK ZAID IBRAHIM D TAHAN ?!!

FOTO !! ANAK ZAID IBRAHIM D TAHAN ?!!

Written By AAKJ on Wednesday, May 30, 2012 | 12:30 AM





SHAH ALAM -  Pengarah Syarikat ZI Publications, Ezra Zaid ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah hari tadi, untuk membantu kes berkaitan dengan penerbitan buku 'Allah, Kebebasan dan Cinta' karya Irshad Manji.
Pemangku Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Ezra ditahan ketika serbuan di pejabat syarikat penerbitan itu di Petaling Jaya, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Beliau disiasat di bawah Seksyen 16(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah 1995 kerana menerbitkan buku yang bertentangan dengan syarak.
Bagaimanapun, beliau dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM1,800 oleh seorang penjamin di Mahkamah Syariah di sini, petang ini.
Dalam pada itu laporan Bernama menyebut bahawa pasukan 20 anggota penguat kuasa Jais menyerbu premis syarikat penerbitan yang terletak di Merchant Square, Petaling Jaya pagi tadi serta merampas 180 naskhah buku berkenaan.
Susulan itu, Mohd Shahzihan berkata mahkamah telah memberi tempoh dua bulan kepada Jias untuk menyiapkan laporan berhubung dakwaan ke atas pengarah syarikat
penerbitan itu.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini mengharamkan penerbitan buku berkenaan dan juga versi bahasa Inggerisnya "Allah, Liberty and Love" kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.

tqinterstatenewsdaily
Share this article :

+ comments + 1 comments

May 30, 2012 at 12:48 AM

What!! Nama anak Zaid ni Ezra??

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger