50 ajer? 1 ajer yang mohon untuk parti pembangkang. Heh! Yang selebihnya bergerak underground, penakut dayus nak declare pegangan politik sedang hidupnya seharian berzikir untuk jatuhkan kerajaan!
Utusan melaporkan sebanyak 50 permohonan diterima daripada kalangan guru yang mahu menyertai politik berikutan kelonggaran sejak 2010 yang membenarkan pegawai kerajaan bergiat aktif dan bertanding serta memegang jawatan dalam parti politik, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
"Daripada permohonan itu, 24 diluluskan manakala sembilan lagi ditolak.Bakinya masih dalam proses penelitian," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Guru peringkat negeri Selangor di sini hari ini.
Mohd Puad berkata antara sebab permohonan mereka ditolak adalah kerana memegang jawatan seperti penolong kanan, guru besar dan pengetua.
Beliau berkata daripada keseluruhan permohonan yang diterima, hanya satu membabitkan penyertaan dalam parti pembangkang.
Kelonggaran adalah bagi pegawai dari gred DG41 hingga DG48.
"Kerajaan tidak menghalang (aktif politik) tetapi perlu ikut syarat yang ditetapkan," katanya.
- BERNAMA
Post a Comment