Program yang disebut sebagai “Moral Courage: Creating Space for Islam and Democracy” itu dianjurkan oleh International Institute for Muslim Unity (IIMU) dengan kerjasama ZI Publications. Penceramahnya didatangkan dari benua Amerika Utara, Irshad Manji, yang secara terangan telah mengaku bahawa beliau seorang pengamal seks songsang.
Namun, lewat malam tadi, dilaporkan bahawa program ini telah dibatalkan oleh Rektor UIAM sendiri. Alhamdulillah. Dan tahniah kepada Prof Zaleha di atas tindakan berani sedemikian.
Program tersebut pada asalnya dijadualkan berlangsung pada hari Isnin, 14 Mei 2012, jam 1.30 – 3.30 petang di Mini Auditorium, Level 2, UIAM Gombak.
Yang menjadi persoalan ialah bagaimana sebuah universiti Islam yang perdana di Tanah Air kita pada mulanya memberi ruang untuk musuh Islam yang mempromosi seks songsang LGBT, menghina Rasulullah s.a.w. serta memperlecehkan Al-Qur’an dalam tulisan, buku dan ceramah-ceramahnya.
Dengan berbaik sangka bahawa pembuat keputusan di IIMU dan UIAM tidak maklum dari awal tidak boleh dengan mudah melepaskan tanggung-jawab untuk memeriksa terlebih dahulu penganjuran majlis sebegini terlepas pandang. Mungkin ada elemen-elemen yang bersubahat dengan musuh Islam di dalam UIAM itu. Mungkin ada elemen yang terpengaruh faham pasca modenisme dengan mendokong pemikiran “sapere aude”. Ini wajar dihalusi oleh pentadbiran UIAM.
Musuh-musuh Islam tidak akan henti dari membawa pelbagai program yang bertujuan meracuni pemikiran dan budaya umat kita di sini. Ini menepati saranan yang diunjurkan oleh Cheryl Benard (Rand Corporation) dalam buku “Civil Democratic Islam”.
Syabas diucapkan oleh sekalian pencinta Islam yang mengambil sikap waspada dan sentiasa bersiap-siaga memantau aktiviti-aktiviti musuh Islam.
Panganjur bersama program tersebut pula, ZI Publications Sdn Bhd, adalah sebuah syarikat penerbitan yang ditubuhkan oleh Zaid Ibrahim (ZI) – yang beralamat di B-2-19, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan Satu, Pju 3, Petaling Jaya, Selangor, 47410.
Kini, syarikat tersebut dimiliki dan diurus oleh anaknya Ezra. Ramai yang sangat arif berhubung pendirian Zaid dalam hal-hal begini. Zaid juga penyokong tegar IFC dan kumpulan Artikel 11.
+ comments + 1 comments
Laaaa, Zaid memang penyokong tegar Islam liberal..
KERANA TERDESAK, NURUL IZZAH KERAH RAJA PETRA SERANG RAJA NONG CHIK? Baca di sini!
http://apakecoh2.blogspot.com/
Post a Comment