Label 10

Home » » BOCOR !! BANTAHAN RAKYAT IJOK D DALANGI ADUN JAMBAN ?!! FOTO LEAK !! part 2

BOCOR !! BANTAHAN RAKYAT IJOK D DALANGI ADUN JAMBAN ?!! FOTO LEAK !! part 2

Written By AAKJ on Wednesday, May 16, 2012 | 1:00 AM


Lebih 100 penduduk Ijok hari ini berhimpun membantah tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merampas kemudahan penduduk Simpang Ijok seperti Kuil, tanah wakaf perkuburan, tempat rehat dan padang bola.

Wakil mereka, Tee Bok Wong berkata kerajaan negeri telah melanggar janji mereka yang sebelum ini berjanji untuk memelihara kemudahan-kemudahan penduduk.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia Ijok berkata, kerajaan negeri lebih mementingkan kepentingan pemaju daripada masyarakat di situ.


"Hari ini kami berhimpun menuntut Khalid untuk menunaikan janji yang dibuat Pakatan Rakyat. Kami hanya mahu supaya kemudahan kami tidak dirampas. Itu sahaja," katanya.

Perkara itu dipersetujui oleh Penasihat Kuil Pekan Ijok, Ratnam Subramaniam.

Katanya, di dalam kempen pilihanraya umum yang ke-12, Pakatan Rakyat telah menyatakan bahawa padang bola dan kemudahan lain tidak akan dirampas.

Pembangkang ketika itu katanya, turut menghasut pengundi-pengundi di kawasan itu kononnya Barisan Nasional yang akan merosakkan kemudahan-kemudahan tersebut dan meminta mereka jangan mengundi Barisan Nasional.


"Mereka (Pakatan Rakyat) minta jangan sokong BN dan berjanji sekiranya menang mereka akan memastikan pengambilan bola, kuil dan sebagainya tidak akan berlaku. Tapi janji hanya tinggal janji. Janji tidak ditepati sebaliknya Menteri Besar memberi sokongan kepada pemaju untuk teruskan buat pembangunan.

"Kuil Sri Subramaniam yang dibina pada tahun 1978 juga mahu dirobohkan.

"Malah kami difahamkan Khalid telah meluluskan tanah yang berhampiran tanah pembangunan tersebut, di mana sepatutnya tanah itu adalah tanah wakaf bagi pembesaran tanah perkuburan Kampung Ijok sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor," katanya.

Hal itu disokong oleh bekas nazir Masjid Nurul Iman, Haji Affandi Dahalan.


"Oleh itu kami meminta Menteri Besar jangan pindahkan padang bola tersebut, jangan robohkan tempat rehat komuniti, jangan robohkan kuil dan serahkan semula tanah yang sepatutnya diwakafkan untuk kegunaan masjid Kampung Ijok bagi pembesaran tanah perkuburan," kata Affandi.

"Sekarang ini kami amat dukacita serta bercampur marah kerana pembangunan tetap dijalankan juga," tambah beliau.

Menurutnya, satu memorandum akan dihantar ke pejabat Menteri Besar dalam masa terdekat.

Sumber KL POS
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger