YDP Majlis Agama Islam PP yang baru??
Isu perlantikkan Malik Kassim PKR sebagai YDP MAIPP menjadi semakin panas apabila perlantikan beliau tidak dihebahkan kepada rakyat Pulau Pinang.Baca Sini
Sebelum ini rakyat DUN Permatang Pasir telah dijanjikan bahawa ADUN mereka akan diberikan jawatan YDP MAIPP tetapi segalanya itu hanya sekadar janji pakatan haram pembangkang yang penuh dengan pembohongan belaka.
Semasa memberi bantuan dana RM300,000 untuk pembinaan kuil Sri Bala Thandayuthabani di atas bukit, Jalan Air Terjun, Lim Guan Eng, kroni tegar Lim Kit Siang merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang mengambil sikap zip mulut tidak mahu menerangkan isu ini.
Di bawah adalah aksi wayang kulit kerajaan DAP Pulau Pinang :
Tiga hari lalu, Sinar Harian melaporkan bahawa pengisian jawatan itu masih menjadi tanda tanya apabila Adun Permatang Pasir, Datuk Salleh Man yang diumumkan sebelum ini untuk memikul tugas berkenaan belum lagi mendapat pengesahan.Kita tentu tersenyum sinis apabila perlantikan Malik Kassim PKR sebagai YDP MAIPP tidak dihebahkan kepada rakyat Pulau Pinang.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman mengumumkan nama Salleh untuk menggantikan Elias Zakaria.
Ketika itu, mereka dalam proses untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim di Istana Negara.
Mansor dilaporkan berkata akan mewakili Kerajaan Negeri bagi mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang itu menyandang jawatan berkenaan. Beliau kini adalah Timbalan Yang Dipertua MAINPP.
Bagaimanapun, timbul pula desas-desus kononnya Abdul Malik akan menjawat jawatan itu setelah namanya, yang dikatakan dicadangkan kepada Tuanku Abdul Halim, mendapat perkenan.
Namun sehingga kini, tiada pihak yang tampil membuat pengesahan atau penafian mengenai isu itu. - seterusnya
Kenapa sampai begitu sekali? Apakah kerajaan DAP Pulau Pinang anggap rakyat Pulau Pinang begitu bodoh dan tidak akan tahu tentang hal ini?
Berapa kali rakyat Pulau Pinang mahu diperbodohkan?
Tidakkah ahli dan penyokong PAS negeri Pulau Pinang berasa dihina dan dipijak-pijak kerana kerajaan DAP Pulau Pinang yang mereka sokong sebelum ini tidak mahu mengiktiraf kewujudan mereka di Pulau Pinang?
Apakah PAS hanya ada satu wakil sahaja di Pulau Pinang tetapi itu pun diperkotak-katik ibarat sampah yang sudah tidak diperlukan setelah diperalatkan semasa PRU12 dan beberapa pilihanraya kecil sebelum ini?
Pendekatan 'ibarat sampah' kerajaan DAP Pulau Pinang itu tidak mungkin akan berlaku semasa kerajaan BN sebelum Lim Guan Eng DAP.
TQMIM
Post a Comment