Label 10

Home » » PEGAWAI KERAJAAN SABOTAJ BOS SENDIRI ? !!

PEGAWAI KERAJAAN SABOTAJ BOS SENDIRI ? !!

Written By AAKJ on Monday, April 2, 2012 | 11:58 AM


KALAU benar Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Abu Bakar Abdullah bakal meletak jawatan kononnya  sebagai tanda kebertanggungjawab beliau terhadap isu SBPA yang menimbulkan kontraversi tidak lama dulu maka ianya merupakan satu kemenangan kepada pihak-pihak tertentu yang mendalangi usaha mencemarkan imej KPPA.

KPPA memang berbuat silap apabila tersalah memilih pegawai untuk menyelaras SBPA dan tidak silap memilih pegawai untuk menyelaraskan gaji melibatkan pasukan polis dan juga tentera kerana untuk pasukan polis dan juga tentera tidak ada masalah yang timbul.Maknanya ada ada agenda tersembunyi dan nasib baik PM Najib cepat bertindak.

Namun kerana KPPA berkeyakinan tinggi terhadap pegawai yang beliau lantik tanpa menyedari bahawa kumpulan tertentu dalam Perkhidmatan Awam berusaha untuk menyekat beliau ke jawatan yang lebih tinggi maka terjadilah kontraversi yang bukan seidikit sehingga memaksa PM Najib campurtangan dan membatalkan SBPA dan dalam masa yang sama memperkasakan semula SSM.

Dalam Perkhidmatan Awam dilihat ada pegawai yang cukup kebal dan kekebalan ini diberikan oleh orang tertentu sehingga mereka berani bertindak menyelaras kepentingan penjawat awam tanpa merujuk kepada arahan sebenar KPPA dan juga mekanisme seperti yang PM Najib mahukan sewaktu membentang Bajet dulu.

Memang kesalahan wajar diletakkan terhadap KPPA tetapi dalam masa yang sama,kerajaan harus melihat dan mengkaji bagaimana punca kejadian kontraversi SBPA itu sebelum mengorbankan pegawai-pegawai yang sepatutnya dipertahankan kerana iltizam mereka mempertahankan dasar yang PM Najib mahukan.

Andainya KPPA dihukum kerana kesilapannya sendiri memang wajar tetapi kalau hukuman itu diberikan kerana pengkhianatan pegawai-pegawai tertentu baik di Jabatan Perkhidmatan Awam ataupun di bahagian lain,adalah tidak adil sekiranya seorang sahaja individu dikorbankan sedangkan yang mempunyai niat jahat terhadap kepentingan penjawat awam dan juga dasar PM Najib terus dibiarkan berleluasa mengatur agenda mereka sendiri.

PM Najib tidak haruis mengorbankan pegawai atau Ketua maupun Pengarah  yang seiring dengan denyut nadi PM Najib untuk turut sama merasai denyut nadi rakyat tetapi PM Najib harus mengenal pasti dalang-dalang ataupun parasit yang berada dalam jabatan kerajaan yang sedang berusaha menggigit usaha Najib dan mengambil kesempatan untuk mengambil mana yang sempat.

KSN bakal pergi dan Abu Bakar dikhianati...!

Mereka ini harus dinyahkan ataupun dibersara awal supaya agenda pembangunan Negara dan rakyat tidak terbantut kerana sikap ketamakan mereka mengejar jawatan tinggi dan dalam kontraversi SBPA ini sudah kedengaran bahawa KPPA menjadi mangsa kepada sikap pegawainya sendiri yang bersifat musang berbulu ayam dan tunduk kepada arahan penjaga reban yang paling tinggi jawatannya.

Sikap bersangka baik dan berkeyakinan kepada pegawai yang dilantik akhirnya menjadi duri yang amat tajam menikam wibawa KPPA dan sekaligus menjaid racun yang cukup berbisa untuk beliau telan kerana akhirnya pegawai yang beliau percaya untuk menyelaraskan SBPA itu menikam dari belakang dan gagal diambil tindakan kerana mereka kebal apabila dilindungi tangan-tangan ghaib yang tidak mahu melihat kerjaya KPPA melangkah lebih jauh.

Bagi pihak rakyat,mereka boleh menerima apa sahaja keputusan yang PM Najib lakukan asalkan menguntungkan rakyat dan bagi pihak penjawat awam mereka boleh menerima sesiapa sahaja Ketua pengarah sekiranya Ketua Pengarah memahami nasib dan masa depan mereka baik di peringkat kumpulan sokongan maupun pengurusan tertinggi.

Kita tidak tahu mengapa ada kalangan pegawai-pegawai sanggup bersekongkol dengan pihak tertentu untuk menggagalkan usaha menyelaras gaji SBPA ini?Dan kita tidak tahu apakah sebabnya sehingga ada pihak yang begitu bimbang seandainya KPPA ini dilihat calon yang sesuai untuk menggantikan Ketua Setiusaha Negara (KSN) yang bakal bersara April nanti?

Atau ada dendam tersirat antara KSN dengan KPPA?

baca sini banyak lagi :



Share this article :

+ comments + 4 comments

April 2, 2012 at 12:23 PM

Salam 1 Malaysia..
Saya sudah linkkan blog anda ke blog saya..
saya harap anda pun dapat linkkan blog saya ke blog anda...
terima kasih

April 2, 2012 at 12:29 PM

Penjawat awam pun masih ramai yang sokong pembangkang.Kalau sokong sangat pembangkang apa kata pergi sahaja kerja dengan pembangkang?

April 2, 2012 at 12:51 PM

Agak agak laaa dikala manakah gerangannya, Kerajaan Malaysia akan lantik IGP untuk jawatan KSN(?).pengalaman luas berbanding dengan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan yang lain itu.

April 2, 2012 at 1:10 PM

Bn4 wangsamaju..beri masa ambo sedikit yaa..tq

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger