Label 10

Home » » MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU !! SAKSI TERBARU TAMPIL BERSUARA !! DAULAT TUANKU !!

MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU !! SAKSI TERBARU TAMPIL BERSUARA !! DAULAT TUANKU !!

Written By AAKJ on Saturday, April 14, 2012 | 12:30 PM


AIDCNews – 13/04/12 – Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan (foto) hari ini mengesahkan apa yang diceritakan seorang petugas perubatan, Dr Rahman Kadir yang melaporkan kekecewaannya terhadap beberapa orang pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu semasa Majlis Istiadat pertabalan Yang Dipertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah adalah benar.
“Saya ingin mengesahkan artikel Dr Rahman Kadir adalah benar,” kata Kamalanathan dalam twitternya seperti dilaporkan The Mole.
Ahli Parlimen Hulu Selangor yang turut berada dalam majlis tersebut mengakui bahawa beberapa ahli parlimen pembangkang yang ditulis oleh Dr Rahman itu berkelakuan tidak sopan.
“Sebagai tetamu kehormat, mereka sekurang-kurangnya perlu peka dan berkelakuan baik.”
“Saya bersetuju dengan perkara-perkara tertentu yang ditulis dalam posting itu. Apabila kita dijemput untuk menghadiri satu majlis diraja, kita harus berasa bangga dan menunjukkan penghormatan kita,” katanya.
Dr Rahman dalam artikelnya yang dikirim ke laman ini pada 11 April menyebut beliau turut berada dalam majlis tersebut dan terkejut dengan sikap sesetengah ahli parlimen pembangkang yang tidak menghormati majlis kebesaran diraja.
“Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.
“Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.
“Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan”, lapornya.
Katanya lagi raja-raja Melayu juga menjadi bahan sendaan dan ejekan sesetengah ahli parlimen pembangkang itu.
“Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.
“Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.
“Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.
“Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka”, lapornya lagi.
TQ AIDC
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger