Kan betul kami cakap selama ni bahawa mereka puak BERSIH ini sebenarnya mempunyai agenda lain yang memihak kepada Pakatan pembangkang dan merupakan anti Kerajaan Barisan Nasional. Apa sahaja mesti disalahkan kepada Kerajaan dan dalam video diatas jelas pekara tersebut diulang ulang oleh mereka mahasiswa robot.
Atas nama BERSIH yang kononya memperjuangkan pilihanraya yang Bersih tetapi hakikatnya Hasutan yang mereka lakukan dan jika anda dengar dengan teliti video diatas anda dapat dengar mereka menyebut:
"Ayuh Ayuh Dataran Tahrir"
Dataran Tahrir Mesir dimana tempatnya bermula rusuhan yang mengakibatkan Kerajaan Mesir pada waktu itu tumbang dan darah rakyat Mesir mengalir disetiap pelusuk Mesir.
Apa motif mereka dengan melaungkan Dataran Tahrir? Itulah niat mereka yang sebenar iaitu menggulingkan kerajaan yang sedia ada melalui pintu belakang dan bukannya melalui pilihanraya yang adil lagi Demokrasi.
Gomo harap rakyat jelas bahawa inilah agenda mereka penyokong BERSIH yang diperbodohkan oleh pemimpin Pakatan Pembangkang. Niat jahat mereka yang cuba mencetuskan rusuhan akan disedari seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
tq-papagomo
Post a Comment