//

Test Footer 1

underconstration
News Update :
Home » » GURU DAN PELATIH SERTAI JIJIK 3 SUKU DIKENAKAN TINDAKAN

GURU DAN PELATIH SERTAI JIJIK 3 SUKU DIKENAKAN TINDAKAN

Penulis : AAKJ on Friday, April 27, 2012 | 10:36 PM


 

Kementerian Pelajaran larang guru sertai Bersih

Kementerian Pelajaran melarang guru dan guru pelatih menyertai perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka esok, dan mereka yang berdegil dengan larangan itu bakal berdepan tindakan tegas.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan fakta bahawa perhimpunan Bersih 3.0 dirancang untuk dijalankan di lokasi yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

"Penganjur Bersih 3.0 diberi pilihan untuk mengadakan perhimpunan di beberapa tempat lain seperti Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil, selepas hasrat awal mereka mengadakannya di Dataran Merdeka tidak mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Jika penganjur terus berdegil mahu mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka, maka kita menganggapnya sebagai satu aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang dan guru atau guru pelatih yang menyertainya boleh dikenakan tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Fasa 6 dan Rayuan Bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram membabitkan seramai 1,114 penerima di Dewan Jubli Intan di sini hari ini. - UTUSAN
Share this article :

Post a Comment

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2012. AAKJ World . All Rights Reserved.
Dibina Oleh Media Shah Alam | Support by creating website | Powered by Blogger