BEIJING- Seorang wanita yang melecur hampir 99 peratus di seluruh badannya selepas terjatuh ke dalam lubang injab air panas ketika bekerja, meninggal dunia di hospital.
Mangsa, Yang Erjing, 27, mengalami kecederaan parah sebaik terjatuh ke dalam lubang berkenaan apabila penutup lubang itu runtuh dalam kejadian pada 1 April lalu.
Menurut pihak hospital, selepas dikejarkan ke hospital Jishuitan, mangsa dirawat di unit rawatan rapi.
“Hampir 90 peratus badannya melecur teruk dan organ dalamannya juga mengalami kerosakan,” katanya jurucakap hospital itu.
Dalam pada itu, penyelia tempat kerja Yang, yang dikenali sebagai Ma berkata, selepas terjatuh ke dalam lubang itu, mereka telah menariknya keluar dalam masa beberapa minit.
Namun katanya, ia telah terlambat kerana satu persatu kulit Yang telah luruh.
Dalam pada itu, siasatan awal menunjukkan paip air panas itu telah bocor.
Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan bagi menentukan siapa yang bertanggungjawab dalam kejadian berkenaan walaupun kes itu diklasifikasikan sebagai kemalangan di tempat kerja.
Sumber http://edisikini.com/gadis-maut-jatuh-lubang-panas/#ixzz1rl9QtcDQ
Post a Comment