Label 10

Home » » FOTO !! MEREKA RUKUK & SUJUD !! MEREKA BUKAN ISLAM !! ...BELIA !! JOM BERHIMPUN !!

FOTO !! MEREKA RUKUK & SUJUD !! MEREKA BUKAN ISLAM !! ...BELIA !! JOM BERHIMPUN !!

Written By AAKJ on Wednesday, April 11, 2012 | 6:00 AM



Seumur hidup tidak pernah dengar tentang salah satu cabang mazhab kristian ini. Sebuah mazhab dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru? 


Waktu Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang  menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok. 

Kristian Ortodok, sebuah mazhab dalam agama Kristian. Kemungkinan orang awam akan terkeliru sebab aliran ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. Tengoklah cara mereka solat.






Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam. Ketika berjamaah, mereka juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya: sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam). 

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Jesus Kristus. Selain solat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga membayar zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan. 

Kenapa ajaran ini muncul?

Ada pihak yang ragu ragu terhadap kemunculan mazhab ini sebab berpendapat untuk mengelirukan umat Islam. Tetapi saya tidak berpendapat sedemikian. Aliran ini muncul disebabkan segolongan kecil dalam komuniti kristian yang cuba mengamalkan apa yang di amalkan oleh nabi Isa as. 

Sebagai Seorang Islam, kita seharusnya berdoa agar mereka semakin rapat dan mengenali Islam semoga dicerahkan hati menerima dan memeluk agama Islam. Elakkan dari berburuk sangka. Panjangkan langkah kita untuk menarik mereka ke dalam Islam berbanding mencaci mereka yang membuatkan mereka terus jauh dari Islam.


                 Ajaran kristian Coptic yang sujud ketika sembahyang


KITA BELIA MALAYSIA YANG SAYANGKAN NEGARA !! JOM KITA !!

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger