GAMBAR MAT AFRIKA GADUH DENGAN POLIS
SEBAHAGIAN daripada warga Nigeria berkumpul di Kondominium Venice Hill, Batu 9, Kajang semalam. |
Berlagak samseng seolah-olah berada di negara sendiri, kira-kira 100 ‘Awang Hitam’ merusuh dengan memecahkan pondok keselamatan di Kondominium Venice Hill, Batu 9, di sini, tengah hari semalam, selepas marah seorang daripada rakan mereka mati dipercayai dibelasah anggota Rela.
Warga Afrika yang menghuni kawasan kediaman berkenaan bukan saja memecahkan pondok pengawal, malah merosakkan pejabat pengurusan serta mencederakan empat pengawal keselamatan.
Lelaki Nigeria yang mati itu, dipercayai dibelasah anggota Rela selepas seorang tukang cuci wanita yang membersihkan satu daripada blok kondominium, mengadu diganggu dan dicabul lelaki berkenaan.
Difahamkan, kondominium berkenaan layak digelar ‘Mini Afrika’ berikutan hampir ratusan warga dari benua itu menyewa di premis terbabit.
Menurut tukang cuci warga tempatan berusia 40-an itu, lelaki Nigeria terbabit beberapa kali mengganggunya.
Semalam dia tidak dapat tahan lagi selepas lelaki berkenaan bertindak melampau dengan menunjukkan kemaluan.
“Sudah beberapa kali lelaki warga asing itu mengganggu saya ketika saya bekerja dan jam 11 pagi tadi (semalam), tiba-tiba saya dipeluk dari belakang.
“Saya cuba melepaskan diri dengan meronta dan menyiku lelaki berkenaan, sebaik dapat melepaskan diri daripada pelukan, saya memarahinya, tetapi terkejut apabila lelaki berkenaan membuka seluar serta menunjukkan kemaluannya.
“Saya lari dan mengadu kejadian itu kepada anggota Rela yang bertugas mengawal kawasan kondominium,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian semalam.
Katanya, anggota Rela terbabit kemudian mencari lelaki Nigeria berkenaan, namun dia tidak pasti berapa ramai anggota Rela pergi mencari lelaki itu.
“Tak sangka perkara macam ini yang terjadi pula, saya difahamkan warga Nigeria terbabit dibelasah hingga mati selepas berlaku pertengkaran dengan anggota Rela. Saya kini bimbangkan keselamatan diri serta takut rakan lelaki itu mencari saya pula,” katanya.
Sehubungan kejadian itu, lebih 100 penghuni kulit hitam kemudian bertindak merusuh kerana marah dan bilangan mereka semakin ramai selepas polis tiba serta turut cuba menyerang polis yang ingin menyuraikan mereka.
Kira-kira jam 6 petang, selepas bilangan polis ditambah barulah kumpulan yang merusuh itu bersurai.
Difahamkan, warga Nigeria yang dipercayai dibelasah itu maut di tempat kejadian di kaki lima berhampiran lif Blok 3 kondominium terbabit dan anggota Rela yang terbabit dalam kejadian berkenaan turut ditahan polis
TQARAUBLOGGER
+ comments + 2 comments
jd satu bahana pulak pd kita...sebab awang hitam ni,kan menyusahkan....dah yg nak jaga keamanan pon tersilap langkah jd lain pulak....tak pasal2 dia lepas kita lak yg kena hukum....bertindaklah kerajaan malaysia...jgn biarkan nasi menjadi bubur.....memang kerap dan nyata awang hitam bermaharajalela...
ini lah kalau yang terjadi kalau lebih penting kan kera dafi anak sendiri.
Post a Comment