Label 10

Home » » DARAH RAKYAT D SEDUT !! KING DRACULA SELANGOR BERJANJI LEBIH DARI MUNAFIK !!

DARAH RAKYAT D SEDUT !! KING DRACULA SELANGOR BERJANJI LEBIH DARI MUNAFIK !!

Written By AAKJ on Thursday, April 5, 2012 | 4:00 PM




SIANG DIA PUNYA MUKA BEGINI :



KENYATAAN  MEDIA


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2012 bertemakan Selangorku: “Hasil Negeri Untuk Rakyat” telah memperuntukkan RM87.5 juta untuk pembangunan belia di negeri ini.


Pecahan peruntukan itu adalah seperti berikut:
Program latihan belia - RM3.5 juta 
Program keusahawanan muda - RM50 juta 
Pembangunan sukan - RM4 juta 
Penyediaan infrastruktur sukan - RM30 juta
Jumlah - RM87.5 juta



Agak menghairankan apabila pada satu majlis baru-baru ini, beliau mengatakan jumlah peruntukan kepada belia ialah sebanyak RM67.5 juta sahaja. 


Menjadi persoalan apabila bajet yang dinyatakan itu tidak sama seperti ketika beliau membentangkan bajet 2012. Ke mana menghilangnya lagi RM20 juta? Jika dalam Bajet 2012, peruntukan di bawah program keusahawanan muda sebanyak RM50 juta tetapi dalam kenyataan baru-baru ini telah meyusut kepada RM30 juta sahaja.


Justeru, Majlis Belia Selangor (MBS) mahu Kerajaan Negeri membuktikan ketelusan dengan menyenaraikan jumlah penerima, jenis perniagaan yang dijalankan dan jumlah pengagihan geran Program Keusahawanan Muda yang sudah dibelanjakan di bawah Geran Selangorku sehingga kini. Kejayaan yang dicapai setakat ini juga perlu dinyatakan program tersebut sangat penting dalam memberi impak ekonomi di negeri ini.


Ini kerana sejak permulaan Program Keusahawanan Muda ini, MBS tidak pernah diberi peluang dan ruang untuk terlibat secara langsung apatah lagi persatuan-persatuan belia di bawah payung MBS yang mempunyai keahlian melebihi 400,000 ahli belia. 

Sebagai sebuah organisasi yang memayungi banyak persatuan belia, MBS sepatutnya diberi hak tersebut untuk sama-sama melahirkan belia yang berdaya saing dalam ekonomi namun telah diketepikan atau dengan kata lain, dianak tirikan oleh kerajaan negeri.


Pada masa yang sama, MBS juga membantah keras kenaikan sewa tapak-tapak penjaja pasar pagi, pasar malam dan gerai di bawah pengelolaan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang membantutkan usaha menaikkan lagi ekonomi peniaga-peniaga kecil di negeri ini.


Janji kerajaan negeri untuk “memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertamahanya tinggal janji. 


Jika dilaksanakan sekalipun, hanya pada dua tahun pertama kerana selepas itu golongan peniaga kecil khususnya usahawan muda telah dipinggirkan.
MBS juga mahu kerajaan negeri melaksanakan janji-janji yang pernah dilaungkan pada pilihan raya umum yang lalu tetapi masih belum Berjaya direalisasikan:


Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor
Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nursery
Memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama
Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti
Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga
Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia
Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda


MBS mewakili seluruh golongan belia di negeri ini mahu kerajaan negeri telus dan bukan sekadar retorik dalam melaksanakan konsep Negeri Berkebajikan. Jika golongan muda terus diabaikan, jangan harap kami akan memberi undi pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Cukup lah sekali kami dipermainkan serta diperbodohkan dengan pelbagai janji manis yang sampai sekarang masih tidak dilaksanakan.


Jangan hanya pandai berjanji tetapi tidak menunaikan!
Sekian


Terima Kasih.


Badrul Hisham Badrudin
Timbalan Presiden
Share this article :

+ comments + 1 comments

April 6, 2012 at 1:58 AM

Cai cai dracula marahhhh huhu

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger