Kalaulah Anwar Ibrahim dah tidak sembahyang lagi dan hanya bersembahyang di kuil gereja dan gereja, sekurang-kurangnya sembahyang Jumaatlah kalau berada di Kelantan.
Anwar tidak sempat untuk berhenti solat Jumaat di masjid Sg Asap dalam perjalanan ke Nenggiri dalam rancangannya kunun gempur Gua Musang
Takkanlah jadi ahli politik tidak berpura-pura. Kalau orang PAS, sembahyang zohor tiga kali pun sanggup demi nak tunjuk-tunjuk mereka ini bersolat. Tidak ada keperluan untuk dia lakukan ketika berada di Markas PKR Ciku 3 di Paloh.
Di Paloh adalah dalam 60-70 orang ketika majlis makan tengahhari yang ada bersama adalah Saifudin Nasution dan YDP PAS Gua Musang, Abdullah Husin.
Malam tadi di Pt Geting Tumpat, ada lebih kurang 2,000 hadhir termasuk Timbalan MB Kelantan, Dato Ahmad Yaacop dan Saifuddin Bopeng.
Dalam ucapannya, Anwar dengan penuh retorik kepada hadhirin yang penyokong PAS. Katanya, patut tukar kerajaan demi maruah rakyat.
Jika demikian, kenapa dia berdiam di atas tuduhan dia menggunakan kuasa asing untuk tukar kerajaan. Itu bukan demi maruah rakyat tapi untuk membantu kuasa asing jajah rakyat.
Dituduh kerajaan membolot hak rakyat dengan menyebut isu-isu penyelewengan duit rakyat, tanah, lembu NFC, dan lain-lain. Tiada pula dia sebut pasal dia salahguna kuasa untuk pinjam duit Finance untuk ambilalih Fianance Company lain.
Beliau tipu orang ramai bahawa PM takut berdebat tapi sebenarnya Anwar yang takut kepada kehadhiran Raja Petra di majlis bersama Jullian Assange Wikileaks. PM hanya kata dia sedia berdebat tapi hanya mengenai perkara munasabah.
Apa munasabahnya dengan orang yang asyik janji turunkan minyak 50 sen bila jadi PM walhal harga minyak dah naik banyak sekali dan kerajaan tidak naikkan lagi minyak di pump.
Anwar janji nak turunkan harga letrik atas kononnya turunkan kadar yang dibeli dari IPP tapi dia tidak tahu harga dari IPP dah jatuh bawah harga pasaran. Dia tiada hanya cakap kosong dan tiada rancangan tapi kerajaan ada rancangan untuk turunkan letrik.
Kemudian Anwar cakap penuh retorik dengan hanya menabur janji kosong. Dia berjanji jika PR memerintah, dia akan jalankan kerja sebagai PM dengan berani dan membela rakyat serta memastikan taukeh tidak menekan rakyat.
Kalau Yahudi dan Amerika arah, adakah dia berani lawan?
Bagaimana kalau rakyat tidak setuju dengan polisinya dan bersuara enggan terima dia sebagai PM, adakah dia akan menekan suara rakyat sebagaimana dia sering memarahi wartawan dan akhbar yang bertanya soal yang sensitif kepadanya?
Dia kata PM tidak ada hak untuk menentukan beliau layak atau tidak menjadi pemimpin negara atau PM.
Memanglah tapi kenapa dia sebut? Sedarkah dia rakyat tahu bahawa dia tidak ada moral dan kewibawaan untuk jadi pemimpin. Dia kuat membohong dan memutarbelit kata-kata.
Anwar tidak layak dan berupaya jadi pemimpin walaupun dia berjanji akan jalankan tugas dengan baik dan tidak mengkhianati sesiapa. Dia pernah jadi Timbalan PM dan dia sudah pun khianati rakyat dengan perbuatan rasauh dan salahguna kuasa.
Anwar mahu memperkenalan gaji minima RM1,100, tapi kerajaan pusat akan mulakan lebih dahulu dengan jumlah yang lebih munasabah untuk semua. Begitu juga dia baru nak perkenalkan pendidikan percuma dan membina hospital di setiap daerah kecil sedangkan kerajaan dah lakukan.
Mana dia nak cari doktor untuk hospotal di daerah yang terpencil? Sedap saja janji.
Anwar menyebut mahu mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz yang mentadbir negara dengan telus dan tanpa mementingkan diri. Khalifah mana satu yang dia sebut?
Adakah ianya Lim Guan Eng dan kawan-kawan partinya yang mana kerajaan Pakatan Rakyat ini menggunakan SELCAT dan parti menggunakan Jkuasa DIsiplin untuk tutup salahlaku pemimpin pembangkang. Sesuatu yang tidak dilakukan BN kerana BN akan dakwa pemimpin yang salah.
Anwar menuduh pemerintahan BN dan UMNO lama kelamaan akan jadikan Malaysia bankrup kerana pengurusan tidak betul dan pemimpin mengutip keuntungan. Dia menyebut Mesir yang jatuh kerana revolusi yang diatur Amerika tapi diaktana sebab pemimpin penyamun.
Malaysia tidak pernah banrup tapi Selangor kesempitan wang.
Bagaimana pula Selangor dengan kes pasir yang menyebabkan hingga nyawa tergadai, pembelian 50 lori compactor untuk kegunaan kroni, tanah rakyat dirampas, rumah setingghan dan tanah TOL dihalau, dan lain-lain lagi?
Anwar berjanji akan memerintah Malaysia dan kembalikan semua hak rakyat. Apa yang dia merapik? Sejak bila hak rakyat ada ditarik balik sewenang-wenang dan tergadai?
BN pertahankan Perlembagaan dan bina serta pertahankan institusi-institusi negara. Anwar persoalkan Perlembagaan dan perlecehkan institusi negara. Dia persoalkan dan biarkan Pakatan rakyat hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.
Dia mahu liberalisasikan Islam dan rosakkan akidah orang Muslim dengan fahaman Islam liberal dan plural. Kerakyatan mahu dibebaskan sesuka hati. Tunggu masa yang cukup, sistem raja Melayu akan dihapuskan.
Anwar turut menghina Pemuda UMNO kerana menjadi pencacai pemerintah. Baiknya bahasa seorang pemimpin. Ada dengar Najib berbahasa sedemikian bunyi? Ada dengar Pak Lah atau Dr Mahathir guna perkataan kesat seperti begitu?
Dia katakan ramai pemimpin luar negara menyokong beliau dan Pakatan rakyat untuk memerintah Malaysia. Itulah yang Israel, Amerika, dan lain-lain kuasa besar dan anak jajah mereka mahu untuk Awnar supaya sama-sama jadi boneka mereka.
MEHH SINI BACA...:
http://theunspinners.blogspot.com/2012/03/siang-anwar-tak-solat-jumaat-malam.html
+ comments + 1 comments
TUMBANGKAN UMNO PILIHANRAYA INI
UMNO PERASUAH MUSUH NEGARA
NAJIB TAKUT BINI
BN = BANKRAP NEGARA
HANCUR NEGARA INI KALAU SEPENGGAL LAGI JADI PM
Di Bawah Pentadbiran Najib, Hutang Negara Cecah RM437 Billion 4 Oktober, 2011 - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan hutang negara kini mencecah RM437 bilion berdasarkan Laporan Bank Negara yang dikeluarkan baru-baru ini. “Laporan Bank Negara Malaysia bertarikh 30 september 2011 menyatakan angka hutang negara setakat suku ke 2 tahun ini menunjukkan hutang negara mencecah RM437 bilion,” kata Anwar pada pembentangan belanjawan Pakatan Rakyat 2012 di parlimen hari ini.
Menurutnya, jika unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5 peratus, maka kadar keberhutangan negara kini mencecah 53 peratus dari KDNK negara.
Kadar itu, katanya, jauh lebih tinggi berbanding pada 2007 iaitu sebanyak 42 peratus dari KDNK negara. “Kadar hutang isi rumah pula mencecah RM577 bilion iaitu 77 peratus dari KDNK berbanding pada 1997 hanya 33 peratus dari KDNK. "Maknanya di bawah menteri kewangan yang secara kebetulan semuanya perdana menteri sebelum 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih hingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun,’ katanya.
Keadaan itu, kata Anwar, diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. “Defisit negara diunjurkan mencecah 6 peratus bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2 peratus seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh,” kata Anwar.
Ketika membentangkan belanjawan alternatif Pakatan Rakyat di parlimen hari ini, Anwar berkata ia bertujuan untuk membantu rakyat mengharungi hidup yang semakin terhimpit. Pakatan memperuntukkan RM220 bilion dalam belanjawan berkenaan melibatkan penjimatan sebanyak RM4 bilion dari perbelanjaan kerajaan BN. Ia menumpukan usaha mengurangkan defisit kepada 4.4 peratus berbanding kadar 6 peratus daripada KDNK tahun ini.
Kamu ingat rakyat Malaysia ni semua bodoh tak tahu halal haram? Tak tahu hukum?
Gagal Menjadi MB, akhirnya Hasan Ali meroyan bagaikan orang gila
Pakatan Rakyat akan halalkan seks rambang kata Hasan Ali
AGAK memeranjatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Hasan Ali seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia (Akhbar propaganda Umno).
Hasan Ali yang kononnya membawa imej pejuang Islam sebenar itu, tanpa rasa bersalah melemparkan fitnah kononnya jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, maka Budaya seks rambang, homoseksual, lesbian dan sebagainya akan dihalalkan.
Kamu ingat rakyat Malaysia ni semua bodoh tak tahu halal haram? Tak tahu hukum?
Kesian melihat gelagat Hasan Ali, tak sangka akhirnya beliau meroyan bagaikan orang gila gara-gara hampa kerana gagal menggapai cita-cita mahu menjadi Menteri Besar Selangor.
Kalau ye pun nak menipu, takkanlah sampai tuduh orang nak halalkan seks rambang dan hubungan sejenis itu bangang namanya kah kah kah...
Konon nak buat gelombang kuasa ketiga. Tapi hasut orang supaya jangan sokong Pakatan Rakyat. Patut kalau "kuasa ketiga" cakaplah pada rakyat jangan sokong Barisan Nasional juga.
Ini bukan kuasa ketiga, ini namanya kontraktor propaganda upahan United Malays No Otak kah kah kah...
ReJaM© "Ingat rakyat Malaysia ni kambeng ke nak halalkan seks rambang? "
Ha! Ha! Ha! Silebai UMPORNO nun jauh menuntut ilmu agama di INDIA,nak didik bini pakai tudung pun tak mampu...DAYUSSS..
Post a Comment